Harian Metro

GABUNGAN TEPAT ASPEK KESELESAAN

Koleksi kasut Run XX Nitro diperkenal­kan PUMA tingkat tahap kecergasan, hindar kecederaan

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@mediaprima.com.my

Sebelum memulakan sebarang aktiviti sukan, perkara penting yang perlu anda lakukan adalah memilih kasut yang sesuai.

Berbanding lelaki, masih ramai wanita mengabaika­n pemilihan kasut yang sesuai dalam aktiviti rekreasi mereka.

Kasut sukan yang dipilih biasanya hanya berdasarka­n beberapa faktor termasuk jenama dan warnanya sahaja tanpa mengambil kira fungsi sebenarnya.

Sedangkan, pemilihan kasut sukan yang sesuai dengan aktiviti dilakukan bukan sahaja dapat memberi lebih keselesaan malah mengelakka­n kecederaan dan membantu meningkatk­an lagi tahap kecergasan.

Menyedari keperluan itu, PUMA tampil memperkena­lkan koleksi terbaharu untuk wanita,

Run XX Nitro bagi memberi keselesaan dan prestasi larian pelbagai jarak.

Koleksi yang dinamakan sempena urutan DNA kromosom X berganda spefisik wanita itu menampilka­n rekaan kasut larian yang sesuai untuk kaki wanita.

Apa yang istimewany­a, tapak tengah kasut itu direka lebih kukuh dan tahan lasak, menjadi gabungan tepat antara aspek keselesaan dan tahan lama.

Menerusi inovasi terkini, kasut itu juga direka untuk memberikan lebih keselesaan kepada tumit dan kaki.

Ia menampilka­n teknologi NITRO serta sokongan RUNGUIDE, tapak tengah yang canggih itu memberikan responsif, kusyen unggul sambil memastikan penjajaran yang betul untuk menjadikan setiap langkah lebih ringan dan mudah.

Selain kasut, koleksi itu juga menampilka­n tiga gaya fesyen sukan baharu iaitu bra untuk sesi latihan, baju lengan panjang CLOUDSPUN dan seluar legging larian.

Dihasilkan untuk prestasi unggul, pakaian sukan itu dibuat dengan bahan berfungsi tinggi, dryCELL dan miDori bioWick, bagi menghasilk­an gaya serta keselesaan tersendiri.

Dalam pada itu, jenama berkenaan turut mengadakan kempen #PUMADelive­ryRun iaitu gabungan kecintaan terhadap makanan di

Malaysia dan profesyen penghantar makanan.

Penghantar makanan wanita akan menggayaka­n koleksi baharu itu bagi memastikan mereka kekal selesa untuk menepati kepantasan masa penghantar­an.

Turut bersama dalam pasukan itu adalah jurulatih kecergasan, Joey Tng dan atlet negara Aimi Iwasaki.

Selain itu, kunjungi rangkaian jenama terbabit di pusat beli-belah Pavilion KL bermula 27 Mei ini untuk menerokai sendiri kecanggiha­n teknologi koleksi berkenaan dengan pelbagai aktiviti interaktif.

Apa yang nyata, pelancaran koleksi dan kempen itu menyerlahk­an lagi komitmen jenama berkenaan dalam menyokong gadis dan wanita di seluruh dunia menerusi sukan.

 ?? ?? KOLEKSI kasut larian dan pakaian sukan terbaharu.
KOLEKSI kasut larian dan pakaian sukan terbaharu.
 ?? ?? DIPERBUAT daripada bahan berfungsi tinggi, dryCELL dan miDori bioWick bagi menghasilk­an gaya serta keselesaan tersendiri.
KASUT larian Run XX Nitro direka khas untuk kaki wanita.
DIPERBUAT daripada bahan berfungsi tinggi, dryCELL dan miDori bioWick bagi menghasilk­an gaya serta keselesaan tersendiri. KASUT larian Run XX Nitro direka khas untuk kaki wanita.
 ?? ?? DIREKA untuk memberikan lebih keselesaan kepada tumit dan kaki.
DIREKA untuk memberikan lebih keselesaan kepada tumit dan kaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia