Harian Metro

SATU KEAJAIBAN

Tuchel kagum kemampuan Blues duduki tempat ketiga tanpa Kante

-

London

Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel berkata menamatkan saingan di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris adalah satu ‘keajaiban' selepas beraksi tanpa kehadiran N'Golo Kante hampir sepanjang musim akibat kecederaan.

Blues terikat 1-1 dengan Leicester yang meletakkan mereka tiga mata di depan Tottenham di tempat keempat dengan berbaki satu perlawanan.

Bagaimanap­un, Chelsea mempunyai kelebihan gol yang besar iaitu 18 jaringan berbanding Spurs.

Kante terlepas lebih daripada separuh musim kerana dihantui kecederaan dan Tuchel berkata: "Dia pemain yang mampu membuat perubahan."

Pengendali Jerman itu berkata: "Saya fikir dia adalah pemain utama kami, kunci, kunci, kunci dan pemain utama perlu berada di atas padang.

"Tetapi dia hanya bermain 40 peratus daripada saingan musim ini. Jadi satu keajaiban apabila kami dapat berada di tempat ketiga liga.

"Dia adalah Mo Salah bagi kami, dia (Virgil) Van Dijk, dia (Kevin) De Bruyne, dia Neymar kami dan Kylian Mbappe kami."

Chelsea tewas pada final Piala FA kepada Liverpool hujung minggu lalu dan ketinggala­n di Stamford Bridge pada perlawanan semalam apabila sepakan lencong James Maddison menewaskan penjaga gol Edouard Mendy.

Bagaimanap­un, Marcos Alonso menyamakan kedudukan pada penghujung separuh masa pertama selepas menerima hantaran daripada Reece James dan melakukan voli menerjah gawang gol.

Chelsea dilihat mendominas­i perlawanan pada babak kedua dan berpeluang cerah meraih tiga mata namun sepakan percuma Hakim Ziyech dan percubaan Romelu Lukaku tersasar.

Keputusan itu bermakna Chelsea akan kekal di tempat ketiga, tiga mata di hadapan Tottenham dengan perbezaan gol yang lebih selesa.

Tuchel akan menamatkan musim ini di tempat sendiri dengan melayan Watford yang sudahpun tersingkir daripada saingan liga Ahad ini manakala Leicester yang kini di kedudukan kesembilan akan berdepan Southampto­n.

 ?? ?? PEMAIN Chelsea Hakim Ziyech (kiri) mengambil sepakan percuma.
PEMAIN Chelsea Hakim Ziyech (kiri) mengambil sepakan percuma.
 ?? ?? CALVERTLew­in meledakkan gol penting untuk Everton.
CALVERTLew­in meledakkan gol penting untuk Everton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia