Harian Metro

SYAFIQ DI PANGGIL PULANG

JDT seolah beri peringatan bahawa kerana mulut badan binasa

-

Kuala Lumpur

Adakah penangan kenyataan ‘tokong’ yang dikeluarka­n Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjadi punca penyerang skuad Harimau Malaya, Syafiq Ahmad kembali ke pangkuan Johor Darul Ta’zim (JDT)?

Perkara itu kini hangat diperkatak­an di media sosial selepas JDT menerusi Facebookny­a Johor Southern Tiger mengumumka­n pemain terbabit akan kembali menyarung jersi skuad Harimau Selatan bulan depan.

Kenyataan itu memaklumka­n bahawa JDT membuat keputusan memanggil semula Syafiq daripada pinjamanny­a di Kedah Darul Aman (KDA) FC.

“Dia akan menyertai semula skuad JDT selepas tamat cuti antarabang­sa,” katanya.

Lebih menarik adalah komen ‘hahaha’ yang dibalas oleh pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam kenyataan itu seolah mahu memberi peringatan bahawa kerana mulut badan binasa.

Untuk rekod, selepas empat tahun bersama JDT, musim 2022 pemain berusia 26 tahun itu dipinjamka­n kepada KDA FC bermula Disemberta­hunlalu.

Usaha membawa pulang Syafiq ke pangkuan KDA FC adalah mustahil tanpa Tunku Ismail.

Setakat ini, penyerang berbisa itu merekodkan dua jaringan dan tiga bantuan gol ketika bersama KDA FC.

Baru-baru ini Muhammad Sanusi mengeluark­an kenyataan berkaitan bola sepak adalah sukan untuk semua dan bukannya individu, sehingga menyebabka­n ada yang perlu menyembah 'tokong'.

‘Peperangan’ antara dua pucuk pimpinan kelab gergasi bola sepak Malaysia itu sebenarnya menghangat­kan lagi pertemuan kedua-dua pasukan yang akan berlangsun­g 19 Jun depan.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia