Harian Metro

Pemilihan 'kuda tua' oleh Pan-gon dipersoal

-

Kuala Lumpur: Barisan penyerang ‘kuda tua’ masih menjadi pilihan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon sekali gus menjadi tanda tanya penyokong bola sepak tanah air kemungkina­n ketumpulan jentera serangan bakal menghantui pasukan Malaysia lagi.

Berdasarka­n 29 pemain yang diumumkan baru-baru ini, ternyata Pan-gon berani menyenarai­kan pemain berusia 36 tahun untuk mengemudi jentera serangan seperti Guilherme de Paula dan Norshahrul Idlan Talaha.

Hal ini secara tidak langsung menimbulka­n persoalan ramai kerana kedua-dua pemain berkenaan dilihat kurang minit perlawanan selain bukannya dalam kesebelasa­n utama kelab masingmasi­ng ketika ini.

Situasi terbabit diakui jurulatih berpengala­man, Azraai Khor Abdullah yang melihat pemilihan kuda tua itu dianggap ‘pelik’ berikutan rekod pemain terbabit ketika ini kurang cemerlang.

Walaupun usia bukan gambaran sebenar prestasi pemain, rekod terkini mereka menjadi sandaran supaya pemilihan mereka tidak akan berakhir dengan kekecewaan kelak.

“Usia cuma pada angka dan mungkin Pan-gon pilih Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) disebabkan prestasiny­a kebelakang­an ini bagus. Namun, pemilihan de Paula saya tidak faham kerana jika mahu pilih pemain mestilah ada minit permainan namun dia ini tak ada langsung.

“Mungkin pemilihan de Paula dipengaruh­i oleh orang sekeliling beliau, namun perlu berhati-hati kerana jika ‘kimchi’ tak jadi akhirnya beliau juga akan kena ‘pancung’ (pecat),” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, Pan-gon membuat kejutan apabila menyenarai­kan de Paula dalam senarai 29 pemain untuk menjalani latihan sebagai persiapan mengharung­i perlawanan kelayakan Piala Asia bulan depan.

Dua aksi persahabat­an bakal menanti sebelum turun beraksi dalam kejohanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, dari 8 hingga 14 Jun ini.

Pada pusingan kelayakan itu, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan E bersama Turkmenist­an, Bangladesh dan Bahrain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia