Harian Metro

Putera Sultan Johor beraksi di Litar Antarabang­sa Sepang

-

Kuala Lumpur: Bukan sekadar mencari tiket ke Piala Dunia 2023, malah skuad hoki senior negara mahu muncul juara buat kali pertama di pentas Piala Asia yang berlangsun­g dari 23 Mei sehingga 1 Jun ini di Stadium Hoki Gelora Bung Karno.

Untuk itu, ketua pasukan Malaysian Tigers, Muhammad Marhan Mohd Jalil berkata, dia serta barisan pemain lain berpegang kepada prinsip bermain sebagai sebuah pasukan dan menerapkan apa yang sudah dipraktikk­an ketika sesi latihan bagi memastikan misi mereka tercapai.

"Sasaran yang diletakkan kepada kami adalah untuk layak ke Piala Dunia, namun untuk sasaran persendiri­an pasukan adalah kami ingin muncul selaku juara Piala Asia 2022.

"Saya sering ingatkan kepada rakan sepasukan untuk mengambil setiap tekananseb­agaisesuat­uyang positif dan menjadikan tekananitu­sebagaikek­uatan juga keyakinan untuk bermain.

"Setiap pemain sudah mengetahui kelebihan dan kekuatan dimiliki dan kini apa yang perlu mereka lakukan adalah menterjema­hkannya di dalam perlawanan,” kata Marhan yang sudah melakukan 271 penampilan antarabang­sa.

Untuk rekod, sejak kejohanan itu diperkenal­kan pada 1982, Malaysia belum pernah muncul juara dengan pencapaian terbaik adalah naib juara pada 2017 yang juga edisi terakhir kejohanan itu apabila tewas 1-2 kepada India di Dhaka, Bangladesh.

Empat slot automatik ke Piala Dunia 2023 bagi benua Asia diperuntuk­kan oleh Persekutua­n Hoki Antarabang­sa (FIH) dengan satu slot sudah diisi oleh India selaku tuan rumah Piala Dunia 2023.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama Bangladesh, Korea dan Oman sementara Kumpulan A diisi oleh India, Indonesia, Jepun dan Pakistan. Skuad senior negara akan memulakan aksi pertama mereka pada 23 Mei bertemuOma­n.

Muhammad Marhan

Sepang: Dua putera Sultan Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim akan menghangat­kan Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) menerusi penyertaan mereka pada siri perlumbaan GT World Challenge Asia bermula hari ini.

Tunku Abdul Rahman sertaTunku­AbuBakarak­anberaksi dengan pasukan Triple Eight JMR bersama dua jentera Mercedes AMG GT3 yang akan dipandu empat pemandu dalam kategori Pro-Am.

Tunku Abdul Rahman yang juga Tunku Panglima Johor akan berganding­an dengan naib juara musim tahun 2018, Nick Foster dari Australia, manakala Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar, yang akan membuat penampilan pertamanya sebagai pelumba GT3, digankatan­ya dingkan dengan pelumba tempatan serta berpengala­man luas, Jazeman Jaafar.

"Setelah dua tahun tidak berlumba di Sepang sejak tahun 2019, saya amat teruja untuk kembali bersaing di sini. Kali ini lebih menarik kerana dua kereta dari pasukan sama akan berlumba dan saya akan beraksi bersama-sama adik saya (Tunku Abu Bakar) serta Jazeman.

"Sasaran kami adalah untuk meraih keputusan terbaik. Jika dapat menaiki podium ia pasti sangat bermakna terutama apabila beraksi di halaman sendiri dan di depan penyokong sendiri," ketika ditemui semalam.

Tunku Abdul Rahman juga mengakui teruja dapat beraksi bersama Tunku Abu Bakar yang pada pandangann­ya mempunyai bakat besar.

"Melihat perkembang­annya berlumba sehingga sekarang membuatkan saya berasa bangga dengannya. Harap dia juga akan mendapat keputusan yang baik," katanya.

Selepas Sepang, saingan GT World Challenge Asia akan diteruskan di empat litar Jepun (Suzuka, Fuji, Okayama & Sugo) sebelum berakhir di litar Mandalika, Indonesia pada bulan Oktober.

GT World Challenge Asia adalah salah satu perlumbaan sokongan bagi pusingan pertama Siri Kejuaraan Malaysia (MCS).

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia