Harian Metro

PERIT TETAPI BANGGA

Maloney puji anak buah pamer disiplin tinggi sekat kemaraan lawan

-

Cukup perit untuk ditelan, namun pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Brad Maloney tetap mampu tersenyum dengan persembaha­n yang ditampilka­n anak buahnya pada saingan separuh akhir bola sepak Sukan Sea Vietnam, malam kelmarin.

Walaupun tewas 0-1 kepada tuan rumah menerusi jaringan tunggal pemain berusia 24 tahun, Nguyen Tien Linh pada minit ke-111, Maloney memuji barisan anak buahnya mampu bertahan 90 minit tanpa dibolosi Vietnam.

Beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah, Maloney berkata, anak buahnya tetap mampu mempamerka­n disiplin tinggi dengan menyekat kemaraan lawan.

“Cukup perit untuk menerima keputusan itu kerana kita dibolosi jaringan lewat permainan. Tetapi kita perlu faham Vietnam pasukan terbaik dalam pertanding­an ini

“Pemain sudah bermain sepenuh jiwa dan berikan apa yang mereka ada. Pemain beraksi tanpa rasa penat untuk 120 minit menentang pasukan sangat baik seperti Vietnam yang mempunyai fizikal dan ada kalanya beraksi keras.

“Tetapi pemain tidak pernah mengalah dan tetap berjuang jadi saya sangat berbangga dengan mereka,” katanya.

Untuk rekod, skuad negara menurunkan pemain dengan rata-ratanya berusia 21 tahun sebagai persiapan sebelum mereka berentap ke Piala Asia B-23 di Uzbekistan, bulan depan.

Pada masa sama, Maloney turut mengakui ketiadaan tonggak pertahanan­nya, Harith Haiqal Adam Afkar yang terpaksa dikeluarka­n akibat kecederaan sedikit merencatka­n perancanga­n memandangk­an mereka kehilangan pemimpin di barisan pertahanan.

“Harith pemimpin dan dia menguruska­n barisan pertahanan­nya dengan baik. Permainan keras menyebabka­n ada beberapa pemain kita cedera termasuk penjaga gol yang meneruskan perlawanan dalam kesakitan.

“Ia bukan satu situasi ideal, tetapi saya rasa pemain yang menggantik­an mereka turut beraksi dengan baik,” katanya.

 ?? ?? PEMAIN Malaysia (berbaju kuning) mengawal pemain Vietnam daripada bolosi barisan pertahanan.
PEMAIN Malaysia (berbaju kuning) mengawal pemain Vietnam daripada bolosi barisan pertahanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia