Harian Metro

Sedih kalah tepis dengan Vietnam

-

Kuala Terengganu: Perasaan sedih dan terkilan ternyata gagal disembunyi­kan pemain pertahanan skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) tahun, Muhammad Hairiey Hakim Mamat selepas skuadnya gagal mara ke pentas final saingan Sukan Sea di Hanoi, Vietnam, kelmarin.

Malah pemain Terengganu FC (TFC) yang lebih mesra dipanggil ‘Saha’ berkata, kekalahan 0-1 kepada Vietnam pada aksi separuh akhir itu, sekali gus meleburkan impiannya untuk menghadiah­kan pingat emas buat negara dalam penampilan pertamanya pada temasya itu.

Bagaimanap­un pemain berusia 22 tahun kelahiran Kampung Titian Baru Kedai Buluh, Kuala Terengganu itu reda dengan keputusan itu selain bangga dengan semangat rakan sepasukann­ya yang memperagak­an aksi 200 peratus berdepan dengan skuad Naga Emas itu sebelum tumpas pada masa tambahan.

“Namun walaupun tewas, kami tewas bermaruah kerana kami beraksi sepenuh tenaga berdepan dengan tuan rumah, cuma rezeki pada kali ini tidak menyebelah­i kami, insya-Allah kami tekad bangkit pada aksi selepas ini,” kata pemain berketingg­ian 1.70 meter itu ketika dihubungi.

Nada sama turut diluahkan rakan senegeri, Muhammad Safwan Mazlan, 20 yang mengakui turut terkilan dan sedih dengan kekalahan tipis itu.

Namun pemain pertahanan Terengganu FC II (TFC II) itu tetap berpuas hati dengan corak permainann­ya dan rakan sepasukan yang beraksi dengan baik demi maruah sebelum terpaksa akur dengan kekalahan itu.

“Kami turun dengan misi untuk mara ke pentas final selepas 11 tahun negara kemarau pingat emas dalam temasya sukan ini, jadi kami sudah memperagak­an aksi terbaik dan bertenaga sehingga menyukarka­n tuan rumah untuk memburu jaringan,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? MUHAMMAD Safwan tetap berpuas hati corak permainan rakan sepasukan yang beraksi dengan baik.
MUHAMMAD Safwan tetap berpuas hati corak permainan rakan sepasukan yang beraksi dengan baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia