Harian Metro

AIR MATA JUARA

Syasya dedikasi pingat emas luar jangka untuk jurulatih

-

Penembak negara, Nurul Syasya Nadiah Moohd Arifin meraih kemenangan dalam acara 10 meter air pistol individu wanita dalam temasya Sukan Sea Vietnam, semalam.

Dia meraih kemenangan luar jangka dalam penampilan sulungnya di Sukan Sea selepas mencatat 239.3 mata dalam format penyingkir­an akhir di Pusat Latihan Nasional Hanoi.

Atlet Thailand, Tanyaporn Prucksakor­n memperoleh perak dengan 238.7 mata manakala Trinh Thu Vinh dari Vietnam melengkapk­an podium dengan 214.1 mata.

Kejayaan Syasya meraih emas menjadikan kontinjen Malaysia hanya selangkah lagi untuk mencapai sasaran 36 pingat emas di Sukan Sea Hanoi.

Atlet berusia 19 tahun itu menitiskan air mata sebaik dinobatkan sebagai pemenang dan mendedikas­ikan emas itu kepada jurulatihn­ya, Firdaus Abd Rahim.

“Saya amat bersyukur kerana dapat memenangi emas untuk Malaysia pada penampilan pertama di Sukan Sea. Saya bermula perlahan semasa pusingan kelayakan dan saya mengambil masa mengutip mata, tetapi saya berjaya bangkit.

“Terima kasih kepada jurulatih saya yang membantu dari awal. Saya mendedikas­ikan kemenangan ini kepadanya. Dengan bantuannya saya boleh mara ke final dan kini berdiri di sini dengan pingat di tangan saya,” kata Syasya.

Syasya sebelum ini mengesahka­n tempat ke final selepas membuat catatan 569 mata untuk menduduki tempat ketiga daripada 21 penembak semasa kelayakan.

Bibiana Ng dengan 560 mata dan Mumtazah Syahiidah Shamsuri 556 mata tidak berjaya mara ke peringkat akhir acara itu.

Sementara itu, hasrat Alia Husna Budruddin untuk memenangi pingat dalam acara 50m rifel tiga posisi wanita tidak kesampaian apabila menduduki tempat keempat dengan 425.8 mata dalam final format penyingkir­an, manakala penembak berpengala­man, Nur Suryani Taibi sekadar tempat kelima dengan 414.7 mata.

Peserta Vietnam, Phi Thanh Tao menang emas dengan 451.1 mata, atlet Thailand, Ratchadpor­n Plengsaeng­thong (444.0) meraih perak, manakala gangsa milik penembak Singapura, Martina Lindsay P Veloso

(435.0).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia