Harian Metro

Tak puas dengan jumlah emas

-

Hanoi: Skuad gimnastik berirama belum berpuas hati dengan prestasi dipamerkan di Sukan Sea Vietnam 2021 walaupun mencapai sasaran dua emas diletakkan.

Ketua pasukan, Shak Yuki berkata, rakan sepasukan sebenarnya mampu memungut mata lebih baik seandainya tidak melakukan kesilapan dalam acara berpasukan dan emas itu bagi mereka belum sempurna.

Apapun, gimnas berpasukan negara yang dibarisi atlet muda harus diberikan pujian apatah lagi ini penampilan pertama mereka di temasya dwitahunan berkenaan kecuali Yuki.

“Kami sentiasa mahu beri yang terbaik tetapi kemenangan belum buat kami puas hati kerana kami sepatutnya mampu dapatkan markah lebih tinggi jika kurang buat kesilapan.

“Apapun kami berhak meraih kejayaan ini dan mahu terus kembali berlatih untuk memperting­katkan prestasi bagi persediaan menghadapi kejuaraan Asia Jun ini,” kata Yuki.

Katanya, daripada lima gimnas yang menang emas di Manila, hanya dia seorang dalam pasukan itu, tetapi atlet muda memberi komitmen cukup tinggi bagi mencapai kejayaan.

Pemenang emas, Koi Sie Yan yang kali pertama menyertai Sukan Sea turut mengakui belum puas dengan prestasiny­a di temasya dwitahunan berkenaan secara keseluruha­nnya.

“Sudah tentu gembira tapi sepatutnya saya mampu lakukan lebih baik, itu buat saya kecewa dan sedih selepas pertanding­an. Saya mahu terus berusaha keras untuk meningkatk­an lagi prestasi dan meraih lebih banyak kejayaan,” katanya.

Sie Yan dan Ng Joe Ee menghadiah­kan pingat emas serta perak dalam acara gimrama all-around manakala acara berpasukan dibarisi Yuki, Ng Jia Wen, Jingle Shak Qi, Maia Ong, Ashley Lim dan Yap Yi Tung melengkapk­an emas kedua dalam sukan berkenaan.

 ?? ?? SYASYA menitiskan air mata sebaik dinobatkan sebagai pemenang.
SYASYA menitiskan air mata sebaik dinobatkan sebagai pemenang.
 ?? ?? PASUKAN gimnastik negara mahu perbaiki kesilapan pada masa depan.
PASUKAN gimnastik negara mahu perbaiki kesilapan pada masa depan.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia