Harian Metro

Tinggal ayam kampung, ayam pencen je...

-

Seremban: Hanya tinggal ayam pencen dengan ayam kampung. Itu situasi bekalan ayam di daerah ini apabila ayam daging segar didapati kekurangan bekalan dan habis terjual menjelang jam 9 pagi.

Tinjauan di Pasar Ampangan di sini, mendapati terdapat empat gerai menjual ayam namun hanya satu gerai masih mempunyai bekalan ayam segar menyebabka­n orang ramai tertumpu di hadapan premis itu.

Seawal jam 7 pagi semalam, orang ramai sudah berbaris panjang untuk membeli ayam di gerai berkenaan memandangk­an tiga gerai lain hanya menjual ayam tua dan ayam kampung sahaja kerana kekurangan stok.

Peniaga ayam, Muhammad Husni Abd Kudus, 38, berkata, isu kekurangan bekalan disalurkan pembekal ayam semakin meruncing sejak sambutan Aidilfitri ekoran permintaan ayam yang tinggi.

“Saya memang mendapat bekalan ayam sebanyak 300 ekor sehari walaupun menempah jumlah lebih tinggi. Biasanya 300 ekor ini untuk memenuhi permintaan pelanggan yang sudah membuat tempahan awal.

“Ada hari tertentu berlaku lebihan ayam sekitar 90 ekor untuk dijual kepada pelanggan yang datang ke gerai. Namun biasa ayam akan habis kira-kira jam 8 pagi,” katanya ketika ditemui di pasar berkenaan, semalam.

Seorang lagi peniaga ayam, Zulkipli Akhir, 58, berkata, sejak Aidilfitri lalu pihak pembekal menaikkan harga sebanyak enam kali namun dia masih menetapkan harga sama.

“Semenjak menjual ayam dari tahun 1983, ini kali pertama berlaku kekurangan bekalan yang sangat teruk. Jika minta 100, akan dapat 80 ekor sahaja dan difahamkan pihak pembekal meminta kami supaya menutup premis selama dua hari bermula semalam.

“Namun, saya tetap juga meminta daripada pembekal dan berharap akan dapat bekalan ayam kerana permintaan daripada pelanggan tinggi ketika ini,” katanya.

 ?? ?? ORANG ramai terpaksa beratur panjang untuk mendapatka­n bekalan ayam di Pasar Ampangan, Seremban.
ORANG ramai terpaksa beratur panjang untuk mendapatka­n bekalan ayam di Pasar Ampangan, Seremban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia