Harian Metro

7 PAGI AYAM DAH HABIS

Kebanyakan peniaga di pasar terpaksa tutup kedai awal susulan kehabisan stok

- Oleh Mohamed Farid Noh am@hmetro.com.my

Ketiadaan bekalan menyebabka­n kebanyakan peniaga ayam segar di sekitar bandar raya ini kehabisan stok seawal jam 7 pagi dan terpaksa menutup perniagaan awal.

Tinjauan di pasar basah sekitar Taman Dahlia, Tampoi dan Perling di sini, mendapati hampir semua lot niaga yang menjual ayam segar sudah ditutup dengan pekerja sibuk membersihk­an lot niaga masing-masing, sekali gus mengecewak­an pengguna.

Peniaga ayam di Pasar Taman Dahlia, Abdul Nasir Haji Mohd Noh, 50, berkata kekurangan bekalan ayam segar menyebabka­n bahan mentah yang dijual di lot niaganya habis pada jam 7 pagi.

Katanya, pengguna berpusu-pusu membeli ayam segar awal pagi apabila laporan bekalan ayam tiada mulai semalam hingga Isnin ini tular di media sosial.

“Bekalan ayam segar yang diperoleh memang tidak cukup dan sangat sedikit. Semua peniaga ayam di pasar ini sudah kehabisan bekalan ayam pada jam 7 pagi menyebabka­n terpaksa menutup lot niaga masing-masing seawal jam 9 pagi.

“Sebelum ini saya biasa tempah 2,000 ayam sehari daripada pembekal namun sejak Ramadan lalu hanya diberikan antara 200 hingga 500 ekor sahaja.

“Oleh kerana masalah bekalan ayam segar tempatan semakin buruk, saya dan beberapa peniaga sedang dalam proses mendapatka­n ayam segar daripada Thailand. Harganya pun lebih kurang harga ayam di negara kita, Insya-Allah jika berjalan lancar seminggu dua ini akan dapat bawa masuk.

“Isu kekurangan ayam segar dengan bekalan tidak stabil bukan sahaja mengecewak­an pengguna malah peniaga pun buntu apatah lagi sering ditekan pembekal yang memberi harga tinggi,” katanya ketika ditemui, semalam. Khamis lalu media melaporkan penutupan sementara sebuah kilang pengeluar ayam di Jasin, Melaka semalam dan hari ini tidak akan menjejaska­n bekalan bahan makanan itu di pasaran.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, dilaporkan berkata pihaknya sudah menerima penjelasan syarikat pengeluar ayam terbabit bahawa tindakan itu bagi membolehka­n ayam yang dihasilkan menepati saiz ditetapkan bagi dipasarkan.

Dalam pada itu, pengguna, Bakar Umarsyah, 42, berkata dia terpaksa menangguhk­an majlis rumah terbukanya yang berlangsun­g semalam.

Katanya, dia sudah ke empat pasar basah selain pasar raya besar untuk membeli ayam, tetapi semuanya kehabisan bekalan ayam segar, semalam.

“Sangat kecewa apabila ayam segar tiada langsung di pasaran bandar raya ini. Semalam (kelmarin) peniaga beritahu bekalan di Johor Bahru dijangka tidak tergganggu namun apabila saya ke beberapa lokasi pasar dan pasar raya memang tiada bekalan ayam segar,” katanya.

Peniaga makanan, Salmah Ahmad, 56, pula berkata, ketiadaan bekalan ayam yang dijangka hingga Isnin ini menyebabka­n beliau juga tidak dapat membeli ayam seperti biasa, sekaligus boleh menjejaska­n perniagaan­nya.

Peniaga dalam proses mendapatka­n ayam segar daripada Thailand

 ?? ?? KEBANYAKAN kedai menjual ayam ditutup awal berikutan tiada bekalan ketika tinjauan di Pasar Taman Dahlia, semalam. - Gambar NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
KEBANYAKAN kedai menjual ayam ditutup awal berikutan tiada bekalan ketika tinjauan di Pasar Taman Dahlia, semalam. - Gambar NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia