Harian Metro

2,497 perajurit muda tamat latihan tentera darat

-

Port Dickson: Selepas enam bulan menjalani latihan lasak dan mencabar, seramai 2,497 perajurit muda berjaya menamatkan latihan tentera darat disertai.

Semua mereka diraikan pada acara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Darat Diraja Malaysia Lelaki Siri 194/21 dan Wanita Siri 47/21 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini, semalam.

Semua 2,497 perajurit muda itu membabitka­n 2,234 lelaki dan 263 wanita yang menamatkan latihan asas ketenteraa­n selama enam bulan bermula 26 November tahun lalu.

Buat pertama kali selepas dua tahun tanpa kehadiran pengunjung akibat pandemik Covid-19, perbarisan tamat latihan pada tahun ini dimeriahka­n dengan kehadiran seramai lima hingga 5,000 ribu pengunjung termasuk ahli keluarga dan penonton awam.

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata, latihan ketenteraa­n tetap diteruskan walaupun negara berada dalam tempoh pandemik Covid-19.

“Acara Tamat Latihan Perajurit kali ini juga adalah hari bersejarah susulan kehadiran ibu bapa perajurit pada fasa endamik.

“Latihan ketenteraa­n ini khusus bagi melahirkan anggota tentera terlatih,” katanya.

Menurutnya, pengambila­n anggota baharu tetap diteruskan dan dalam masa sama pihaknya menggalakk­an anggota tentera menyambung pelajaran ke peringkat lebih tertinggi.

“Memang kami galakkan anggota teruskan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi. Ramai yang sudah berjaya dan mereka juga menikmati kenaikan pangkat dari peringkat bawah ke pegawai,” ujarnya.

Zamrose berkata, selepas enam bulan perajurit muda tidak bertemu ahli keluarga, pastinya mereka teruja apabila dapat bersua kembali pada acara perbarisan tamat latihan itu.

Difahamkan seramai 83 perajurit muda yang tamat latihan itu berkelulus­an diploma, sembilan berkelulus­an Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, 13 berkelulus­an Sijil Tinggi Agama Malaysia, 107 berkelulus­an Sijil Vokasional Malaysia, 179 berkelulus­an Kemahiran Malaysia dan 2,106 perajurit muda berkelulus­an Sijil Pelajaran Malaysia.

 ?? ?? PERAJURIT muda melakukan lintas hormat pada acara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 194/21 dan Wanita Siri 47/21 di PUSASDA, Port Dickson, semalam.
PERAJURIT muda melakukan lintas hormat pada acara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 194/21 dan Wanita Siri 47/21 di PUSASDA, Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia