Harian Metro

KKM kaji kaedah baru rawat Covid-19

-

Bagan Serai: Sebarang dapatan baru mengenai rawatan Covid-19 akan dikaji secara menyeluruh sebelum dilaksanak­an.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) akan menjalanka­n kajian terhadap sebarang kaedah atau teknik rawatan baharu Covid-19.

“Justeru, sebarang keputusan sama ada untuk membawa masuk atau membuat vaksin akan melalui kajian yang rapi sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar Al-Baqir di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan vaksin NawsonVacc yang dibangunka­n doktor dari India, Dr Alfred John Prem Raj yang dikatakan boleh menghilang­kan simptom Covid-19 dalam tempoh 20 saat.

Dr Noor Azmi berkata, selain program vaksinasi, kerajaan juga sudah membeli ubat antivirus Paxlovid dan ia cukup berkesan mengubati Covid-19 dan mengurangk­an kes di hospital.

Sementara itu dalam perkembang­an lain, beliau berkata, kerajaan tidak bercadang melanjutka­n tempoh vaksinasi untuk kanak -kanak di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang akan berakhir pada hujung Mei ini.

“KKM sudah memberi masa cukup kepada ibu bapa untuk membawa anak mereka mendapatka­n vaksinasi percuma, jika selepas ini mereka berhasrat mendapatka­n suntikan vaksin, mereka perlu ke klinik swasta.

“Tempoh yang sepatutnya berakhir pada 15 Mei lalu dilanjutka­n hingga 31 Mei ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia