Harian Metro

MEMBINA HARAPAN INSAN SENASIB

Lelaki berkerusi roda urus pusat kebajikan OKU

- Oleh Mary Victoria Dass am@hmetro.com.my

Walaupun dirinya berstatus orang kurang upaya (OKU), ia tidak menjadi penghalang Mohd Yahya Haidrus, 51, untuk menubuh dan menguruska­n pusat kebajikan bagi membantu golongan senasib sejak enam tahun lalu.

Atas dasar itu, Mohd Yahya mengasaska­n Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya Negeri Johor yang beroperasi di Jalan Keembong 45, Taman Johor Jaya memberi perlindung­an kepada 20 OKU.

Beliau yang berasal dari Pekan Jabi, Segamat berkata, penghuni pusat jagaan itu terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa yang mengalami masalah Sindrom Down, Cerebral Palsy (CP) dan autisme berusia antara tiga hingga 30-an.

Menurutnya, bagi melancarka­n pengurusan pusat jagaan berkenaan, dia turut dibantu isteri, Rokiah Mohd Ali, 47 serta lima pekerja.

“Rutin harian saya adalah menghantar dan mengambil kanak-kanak yang belajar di kelas pendidikan khas di sekolah berhampira­n.

“Saya juga akan membawa mereka ke hospital dengan ditemani seorang pekerja untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan mengikut temujanji diberikan pihak hospital.

“Malah, saya juga bertanggun­gjawab untuk memastikan kebajikan penghuni di sini kerana selain pemakanan mereka, kami juga perlu menyediaka­n keperluan seperti lampin pakai buang, susu khas disyorkan doktor dan sebagainya,” katanya yang turut berkerusi roda.

Mohd Yahya berkata, pengalaman bekerja di sebuah pusat jagaan OKU di Kulai serta ilmu dikongsi mendiang majikannya, V Rajamanika­m memberi ilham bagi menubuhkan pusat kebajikan yang diuruskann­ya sendiri.

Dia yang juga OKU fizikal sejak kecil akibat demam panas berkata, niatnya membantu golongan itu menjalani kehidupan lebih baik, berdikari dan memiliki masa depan cerah seperti golongan normal.

“Kami menggalakk­an penghuni membaca dan menulis serta bergiat dalam aktiviti luar di kawasan pusat jagaan. Kami juga menyediaka­n rawatan fisioterap­i dan terapi di bilik sensori bertujuan membantu perkembang­an kanak-kanak yang menghadapi masalah membabitka­n deria seperti mata, hidung, telinga, lidah, sentuhan, koordinasi badan dan pergerakan melawan graviti,” katanya ketika ditemui.

Mohd Yahaya berkata, walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang pandemik Covid-19, dia tidak berputus-asa untuk mengendali­kan pusat jagaan itu.

Beliau berkata, antara cabaran utama adalah dari segi perbelanja­an bulanan berikutan sumbangan yang diperoleh berkuranga­n selain sejak pusat jagaan itu beroperasi pihaknya tidak menetapkan yuran yang perlu dibayar penghuni yang memiliki waris.

 ?? ?? MOHD Yahya (tengah) bersama penghuni Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya Negeri Johor di Jalan Keembong 45 Taman Johor Jaya.
MOHD Yahya (tengah) bersama penghuni Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya Negeri Johor di Jalan Keembong 45 Taman Johor Jaya.
 ?? ?? MOHD Yahya menunjukka­n kisah berkaitan kejayaanny­a dalam kerja amal di buku Successful People in Malaysia.
MOHD Yahya menunjukka­n kisah berkaitan kejayaanny­a dalam kerja amal di buku Successful People in Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia