Harian Metro

JPV, JAKIM BUAT AUDIT BERSAMA

-

Baru-baru ini, masyarakat Islam di Malaysia dikejutkan dengan penggantun­gan kelulusan loji sembelihan di Australia berikutan keraguan dalam prosedur sembelihan di pusat berkenaan.

Bagi mendapatka­n gambaran jelas, Kafe Ahad menemu bual Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

DATUK HAKIMAH MOHD YUSOFF bersama wartawan

YUSMIZAL DOLAH ALING dan MUHAMMAD SAUFI HASSAN.

Berapa banyak pusat sembelihan luar negara yang ditauliahk­an oleh Jakim?

Jakim tidak pernah memberi tauliah atau meluluskan mana-mana pusat sembelihan luar negara.

Agensi yang bertanggun­gjawab meluluskan rumah sembelihan luar negara adalah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV).

Mohon perincikan proses kelulusan operasi pusat sembelihan luar negara?

Rumah sembelihan luar negara yang berhasrat untuk mengekspor­t daging ke Malaysia hendaklah membuat permohonan kepada Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) dengan mengisi borang permohonan di laman sesawang www.dvs.gov.my.

Sebagai agensi yang bertanggun­gjawab mengenai pengekspor­tan haiwan ke Malaysia, JPV akan mengatur dan menjadualk­an pengaudita­n lapangan dengan menjemput Jakim untuk melakukan pengaudita­n secara bersama.

Fokus pengaudita­n JPV adalah kepada aspek kawalan penyakit haiwan, kebersihan dan phytosanit­asi manakala pengaudita­n Jakim adalah khusus kepada aspek halal.

JPV mengaturka­n jadual audit dan perkara berkaitan dengan audit ke luar negara dengan kerjasama agensi berkuasa mengenai haiwan di negara pengekspor­t.

Selepas selesai sesuatu pengaudita­n, para auditor daripada JPV dan Jakim akan menyediaka­n laporan pengaudita­n.

Auditor Syariah Jakim akan menyediaka­n laporan berdasarka­n aspek keperluan dan standard halal Malaysia.

Seterusnya, dapatan audit dan syor auditor Syariah akan dibentangk­an di dalam

Mesyuarat Jawatankua­sa Pengesahan Pengiktira­fan Halal Luar Negara Jakim yang dipengerus­ikan oleh Ketua Pengarah Jakim untuk penentuan kelulusan daripada aspek halal.

Manakala auditor JPV akan membentang­kan laporan audit mereka di dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Teknikal Pengiktira­fan Abatoir/Loji Pemprosesa­n Luar Negara yang dipengerus­ikan oleh Ketua Pengarah JPV.

Hanya rumah sembelihan yang sudah mendapat kelulusan daripada JPV dan Jakim sahaja yang akan dimasukkan ke dalam senarai rumah sembelihan/loji pemprosesa­n yang diiktiraf untuk mengekspor­t produk ke Malaysia dan akan dipaparkan di dalam laman sesawang www.dvs.gov.my

Daripada segi pemantauan untuk memastikan pusat sembelihan sentiasa patuh pada syarat ditetapkan Jakim, bagaimana ia dilakukan?

Daripada aspek halal, bagi memastikan keberkesan­an pelaksanaa­n sistem halal di rumah sembelihan atau loji pemprosesa­n luar negara, Jakim mengiktira­f 84 buah badan pensijilan halal luar negara daripada 46 buah negara di seluruh dunia sebagai badan atau organisasi yang bertanggun­gjawab untuk menyelia dan mengawal pelaksanaa­n sistem halal di rumah sembelihan yang diluluskan mengekspor­t daging ke Malaysia.

Disamping itu, rumah sembelihan atau loji pemprosesa­n yang diluluskan mengekspor­t produk mereka ke Malaysia dikehendak­i melaksanak­an sistem halal sepenuhnya (dedicated halal plant) berdasarka­n keperluan di dalam Malaysian Protocol for the Halal Meat and Poultry

Production dan MS Halal Food – Production, Preparatio­n, Handling and Storage - General Guidelines (MS 1500:2009).

Apa yang menyebabka­n sesebuah pusat sembelihan luar negara digantung operasi oleh Jakim?

Kelulusan pengekspor­tan daging ke Malaysia dibuat berdasarka­n syarat dan peraturan yang sudah ditetapkan oleh JPV bagi keperluan pematuhan sanitary dan phytosanit­ary.

Manakala bagi keperluan pematuhan halal, ia berdasarka­n standard dan protokol Halal Malaysia yang ditetapkan.

Kegagalan loji mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan boleh menyebabka­n loji berkenaan digantung kelulusan pengksport­annya oleh pihak berkuasa berkenaan di Malaysia iaitu JPV.

Penggantun­gan yang dibuat bukanlah penggantun­gan operasi kerana kita tiada kuasa untuk menggantun­g pengoperas­ian sesebuah loji di negara lain.

Jakim juga tidak pernah malahan tidak boleh menghentik­an kelulusan operasi pusat sembelihan luar negara kerana perkara itu di bawah bidang kuasa agensi lain iaitu JPV.

Jakim akan memberi pandangan dan cadangan kepada JPV sekiranya didapati sesebuah pusat sembelihan luar negara itu didapati melanggar standard dan keperluan halal.

Keputusan berdasarka­n persetujua­n bersama antara JPV,

Jakim dan pihak berkuasa haiwan di negara pengekspor­t akan dibuat sekiranya didapati memang ada keperluan untuk menggantun­g kelulusan eksport yang diberikan.

Status halal cukup sensitif dalam kalangan masyarakat Islam Malaysia. Ramai yang melihat Jakim sebagai gagal dalam melindungi kepentinga­n masyarakat Islam dalam isu pusat sembelihan luar negara ini. Bagaimana Jakim melihat perkara ini?

Sememangny­a isu halal adalah satu isu yang sangat sensitif dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.

Atas kesedaran itulah kerajaan Malaysia memberikan tanggungja­wab menjaga isu halal kepada Jakim di peringkat Persekutua­n dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (Jain) bagi peringkat negeri.

Bagi menjamin ketelusan dan integriti halal Malaysia, Jakim bekerja berdasarka­n manual prosedur kerja dan standard operasi kerja yang seragam.

Pengesahan dan kelulusan halal yang diberi adalah menggunaka­n standard halal yang terperinci dan menepati kehendak syarak.

Pengesahan dan pensijilan halal dikeluarka­n adalah mengikut piawaian ditetapkan dan melalui tapisan dan semakan ketat di setiap peringkat.

Ada banyak peringkat dan tapisan yang perlu dilalui sebelum sesuatu kelulusan atau pengesahan halal diberikan.

Jakim mengamalka­n pengasinga­n (impartiali­ty) dalam menjalanka­n tugasan demi menjaga integriti halal dan ketelusan.

Isu-isu yang digembar-gemburkan oleh pihak-pihak luar atau mempunyai kepentinga­n tersendiri menyebabka­n masyarakat menjadi keliru dan meragui Jakim sehingga menimbulka­n persepsi seolah-olah Jakim gagal menjaga kepentinga­n masyarakat Islam.

Berhubung isu rumah sembelihan luar negara, JPV dan Jakim dengan kerjasama badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf sentiasa memastikan rumah sembelihan luar negara yang mendapat kelulusan mengekspor­t daging mereka ke Malaysia adalah mematuhi keperluan halal seperti yang sudah ditetapkan.

Rumah sembelihan tersebut turut dipantau pihak berkuasa di negara mereka sendiri dan mereka terikat dan wajib mematuhi keperluan sebagai pengekspor­t yang ditetapkan pihak berkuasa negara mereka.

Pihak industri di peringkat antarabang­sa yang mengekspor­t produk mereka ke Malaysia memahami keperluan dan standard halal Malaysia yang ketat, dan mereka menyedari bahawa keupayaan mereka mematuhi keperluan dan standard halal Malaysia sebagai satu penanda aras tinggi bahawa produk mereka boleh diterima sebagai halal di peringkat antarabang­sa.

 ?? ?? PENGAUDITA­N JPV adalah kepada aspek kawalan penyakit haiwan, kebersihan dan phytosanit­asi manakala pengaudita­n Jakim adalah khusus kepada aspek halal.
PENGAUDITA­N JPV adalah kepada aspek kawalan penyakit haiwan, kebersihan dan phytosanit­asi manakala pengaudita­n Jakim adalah khusus kepada aspek halal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia