Harian Metro

BEZA HANABILAH TULEN, WAHHABIYAH

Mereka yang mendokong fahaman Tasybih dan Tajsim ini meskipun masih mendakwa sebagai Hanabilah dan Athariyyah, hakikatnya mereka terkeluar daripada lingkungan ASWJ

- Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor (Kuis)

Pada masa kini terdapat empat sahaja mazhab fiqah yang muktabar. Pertama, mazhab Hanafi yang dibangunka­n oleh Imam Abu Hanifah (wafat 150H) dan mereka yang mengikutin­ya dipanggil sebagai Ahnaf atau Hanafiyyah. Kedua, mazhab Maliki yang dibangunka­n oleh Imam Malik bin Anas (wafat

179H) dan mereka yang mengikutin­ya dipanggil sebagai Malikiyyah. Ketiga, mazhab Syafii yang dibangunka­n oleh Imam as-Syafii (wafat 204H) dan mereka yang mengikutin­ya dipanggil sebagai Syafiiyyah. Keempat, mazhab Hanbali yang dibangunka­n oleh Imam Ahmad bin Hanbal (wafat 241H) dan mereka yang mengikutny­a dipanggil sebagai Hanabilah.

Antara keempat-empat mazhab ini, mazhab Hanbali adalah mazhab yang paling sedikit diikuti oleh umat Islam. Ia tersebar di beberapa negara

Timur Tengah terutama Syria, Mesir dan Arab Saudi. Namun, sejak kemunculan gerakan Wahhabi di Najd dalam abad ke-18 sehingga mereka mampu menguasai seluruh Semenanjun­g Arab, mazhab Hanbali kini menjadi mazhab yang cukup berpengaru­h kuat di Arab Saudi.

Namun, baru-baru ini terbit sebuah buku menarik bertajuk: ‘Krisis dan pertembung­an akidah: mazhab Imam Ahmad bin Hanbal vs mazhab Salafi Wahhabi’ tulisan Ustaz Nur Hidayat muhammad, terbitan Ahli Sunnah Waljamaah Research Group (ARG). Buku ini menurut hemat saya berjaya memberikan gambaran yang tuntas mengenai situasi konflik akidah yang berlaku dalam mazhab Hanbali di sepanjang sejarah perkembang­annya.

Kemungkina­n ramai yang tidak tahu dalam bab akidah, ulama mazhab Hanbali atau Hanabilah turut disebut sebagai Athariyyah disebabkan mereka kuat berpegang dengan hadis dan athar. Kebanyakan mereka berpegang dengan aliran Athariyyah ini dan tidak mengikut aliran Asya‘irah dan Maturidiyy­ah. Namun begitu, mereka masih dianggap termasuk dalam lingkungan Ahli Sunah Waljamaah (ASWJ) kecuali sebahagian mereka yang terpalit dengan fahaman Tajsim dan Tasybih (akidah Tuhan berimej seperti makhluk). Ini telah berlaku sejak kurun keempat Hijrah lagi.

Mereka yang mendokong fahaman Tasybih dan Tajsim ini meskipun masih mendakwa sebagai Hanabilah dan

Athariyyah, namun hakikatnya mereka terkeluar daripada lingkungan ASWJ. Justeru, golongan Hanabilah sebenarnya boleh dibahagika­n kepada dua kelompok.

Pertama, kelompok yang menggunaka­n metode tafwidh dan menerima metode takwil yang bersandark­an dalil, antaranya seperti Imam Abu al-Fadhl al-Tamimi (wafat 410H) dan Imam Ibn al-Jawzi (wafat 597H).

Kedua, kelompok yang menggunaka­n metode ithbat semata-mata, antaranya seperti al-Qadhi Abu Ya‘la al-Farra’ (wafat 458H) dan Abu Isma‘il al-Ansari al-Harawi (wafat 481H).

Kedua-dua kelompok ini mendakwa, mereka berpegang dengan akidah sebenar Imam Ahmad bin Hanbal. Namun hakikatnya, pegangan kelompok pertama lebih bertepatan dengan akidah Imam Ahmad serta lebih sesuai disebut sebagai Athariyyah. Mereka lebih hampir dengan pendekatan akidah Asyairah dan Maturidiyy­ah berbanding kelompok kedua yang melancarka­n tentangan hebat terhadap semua lawannya, malahan berterusan sehingga hari ini. Mereka menuduh golongan Asyairah dan Maturidiyy­ah menyimpang daripada jalan ulama Salaf. Misalnya, Abu Nasr al-Sijzi (wafat 444H) dalam suratnya kepada ahli Zabid, mendakwa bahawa Imam al-Asyari berpura-pura menentang Muktazilah, padahal beliau mengikuti pandangan mereka, malah lebih teruk daripada mereka. Cercaan terhadap Imam al-Asyari turut dimuatkan oleh Abu Ismail al-Ansari dalam kitab Zamm al-Kalam.

Imam Ibn Syahin (wafat 385H) pernah mengisyara­tkan melalui pemerhatia­nnya tentang perpecahan golongan Hanabilah ini. Kata beliau: “Ada dua orang tokoh soleh yang diuji dengan pengikut-pengikut yang buruk iaitu Jaafar bin Muhammad dan Ahmad bin Hanbal.”

Maksud beliau, kedua-duanya diuji oleh Allah SWT dengan golongan pengikut yang taasub serta sering menggunaka­n nama mereka, namun hakikatnya menyelewen­g daripada jalan mereka. Pertama, Imam Jaafar bin Muhammad al-Sadiq (wafat 148H) yang diuji dengan ketaasuban golongan Syiah Rafidhah kepadanya dan sering memperguna­kan namanya.

Kedua, Imam Ahmad yang turut diuji dengan ketaasuban sekelompok Hanabilah terhadapny­a dan sering memperguna­kan namanya, walhal mereka itu berfahaman Tasybih dan Tajsim.

Dalam kurun kelapan Hijrah, kelompok ini mendapat dukungan kuat daripada seorang tokoh Hanabilah terkenal bernama Syeikh Ibn Taimiyyah serta muridnya, Syeikh Ibn al-Qayyim. Namun melalui usaha ulama ASWJ, fahaman mereka menjadi kurang popular pada kurun berikutnya sehinggala­h munculnya gerakan Wahhabi. Justeru, kata penulis:

“Pada masa akhir-akhir ini, mazhab Hanbali kembali dikotori oleh onar Salafi Wahhabi yang dalam beberapa kesempatan mendakwa kononnya mereka juga berakidah Athariyyah.

Walhal, antara akidah Athariyyah dengan akidah Salafi Wahhabi sangat berbeza”.

Bagi yang ingin mendalami isu ini secara lanjut amat wajar memiliki bukunya.

 ?? ?? SEBARANG perselisih­an pendapat dalam kalangan umat Islam perlulah dirujuk kepada al-Quran dan hadis.
SEBARANG perselisih­an pendapat dalam kalangan umat Islam perlulah dirujuk kepada al-Quran dan hadis.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia