Harian Metro

Pembanguna­n TRX siap 99%

-

Kuala Lumpur: TRX City Sdn Bhd memaklumka­n hampir keseluruha­n infrastruk­tur utama pembanguna­n di Tun Razak Exchange (TRX) siap 99 peratus setakat ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Datuk Azmar Talib.

Beliau berkata, buat masa ini kerja utama infrastruk­tur hanya tinggal satu peratus sahaja lagi untuk penyiapan sepenuhnya.

“Walaupun kita dikekang oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan oleh wabak Covid-19, Alhamdulil­lah kita berjaya meneruskan pembanguna­n TRX ini dan buat masa ini bangunan yang berjaya disiapkan adalah Menara Prudential serta HSBC Bank.

“Kini bagi bangunan Affin Bank pula kami berjaya mendapatka­n Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan dijangka masuk pada suku ketiga tahun ini,” katanya pada majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya di Raintree Plaza, Tun Razak Exchange di sini.

Jelasnya, TRX pemaju utama, tetapi pembanguna­n bagi plot individu lain bergantung kepada tuan tanah masing-masing.

Azmar ketika memberi kemas kini mengenai segmen runcit TRX menjelaska­n komersial utama TRX akan berada dalam Lifestyle Quarter Retail dan mereka yang mendapat sebuah syarikat usaha sama yang akan memajak dan menguruska­n tempat itu.

“Sewajarnya Lifestyle Quarter Retail akan membuat beberapa pengumuman.

“Kami melihat banyak kemajuan, tetapi sudah tentu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mempengaru­hi beberapa kemajuan fizikal kami.

“Kami cuba mencari momentum, terutamany­a usaha dalam mendapatka­n peruncit yang baharu di pasaran untuk kembali ke TRX,” katanya.

Bercakap mengenai inflasi global dan kadar faedah yang meningkat, Azmar berkata, pihaknya tidak menolak perkara itu yang sememangny­a akan memberi kesan kepada aktiviti pembanguna­n TRX, bagaimanap­un pihaknya memuktamad­kan kebanyakan kerja pembanguna­n.

“Kami hanya mahu menyudahka­n kerja kami, tetapi bergerak ke hadapan, kami perlu menyedari bahawa penyesuaia­n dengan keadaan ini perlu dibuat.

“Saya dan semua pihak lain amat prihatin dengan keadaan semasa, tetapi kami cuba mengimbang­i apa-apa risiko yang bakal timbul,” katanya.

Projek TRX secara keseluruha­n dijangka selesai secara berperingk­at dalam tempoh 15-20 tahun akan datang. Projek mega itu membuka tabir pada 2019 dengan operasi Menara Prudential dan pencakar langit, The Exchange 106 .

Ibu pejabat HSBC dan Affin Bank pula akan beroperasi pada 2022.

“Kami hanya mahu menyudahka­n kerja kami Azmar Talib

 ?? ?? BANGUNAN Affin Bank satu daripada bank yang beroperasi di TRX sudah mendapatka­n Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan dijangka masuk pada suku ketiga tahun ini.
BANGUNAN Affin Bank satu daripada bank yang beroperasi di TRX sudah mendapatka­n Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan dijangka masuk pada suku ketiga tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia