Harian Metro

1,000 jemaah tolak tawaran dalam panggilan pertama

-

Marang: Bakal jemaah haji yang tidak melepasi saringan kesihatan ditetapkan perlu akur dan patuh dengan keputusan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, syarat berkenaan ditetapkan Kerajaan Arab Saudi dan tidak tertakluk kepada Lembaga Tabung Haji (TH).

“Kita (TH) tidak tetapkan syarat itu, kita kena raikan pandangan (syarat) mereka (Arab Saudi) dari sudut kesihatan. Nak elakkan masalah kesihatan seperti Covid-19 dan cuaca di sana juga panas.

“Jemaah perlu patuh, bertanya pada ahli, tanya pada orang tahu kalau kamu tidak tahu,” katanya selepas merasmikan Program Rehlah Till Jannah Siri 1/2022 di Perkampung­an Darul Barakah di sini, semalam.

Menurutnya pada masa ini TH mengeluark­an surat tawaran bagi panggilan kedua kumpulan jemaah haji Malaysia musim 2022.

Katanya, untuk panggilan pertama, lebih 1,000 jemaah menolak tawaran disebabkan pelbagai faktor antaranya masalah kesihatan.

Pada tahun ini jemaah haji dibenarkan adalah berusia 65 tahun ke bawah, tiada penyakit kronik, mempunyai sijil vaksinasi Covid-19 dan perlu mengemukak­an keputusan negatif ujian calitan (PCR) dalam tempoh 72 jam daripada masa berlepas.

Sementara itu mengenai loji penyembeli­han Thomas Foods Internatio­nal (TFI) Lobethal, Australia, yang didakwa tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia, katanya, pihaknya masih menunggu maklumat rasmi berkaitan isu itu.

“Sebaik sahaja kita dapat maklumat (awal), kita memang hentikan (gantung serta-merta kelulusan TFI) sampai siasatan selesai. Bagaimanap­un, kita nak dapatkan maklumat dalam bentuk fakta dan data, tak mahu dalam bentuk khabar angin,” katanya.

 ?? ?? IDRIS bersalaman dengan peserta pada Majlis Perasmian Program Rehlah Till Jannah Siri 1/2022 di Perkampung­an Darul Barakah,Marang, semalam.
IDRIS bersalaman dengan peserta pada Majlis Perasmian Program Rehlah Till Jannah Siri 1/2022 di Perkampung­an Darul Barakah,Marang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia