Harian Metro

ANGKUP BREK HIDRAULIK BOCOR

22,100 penumpang LRT laluan Kelana Jaya terkandas dua jam

-

Kira-kira 22,100 penumpang perkhidmat­an Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya terjejas dua jam petang kelmarin disebabkan tren terkandas berikutan kebocoran angkup (caliper) brek hidraulik.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Amir Hamdan berkata, keadaan itu menyebabka­n angkup brek tidak berfungsi ketika tren beroperasi menjadikan tren tidak selamat untuk meneruskan perjalanan.

“Oleh itu, sebagai langkah keselamata­n, pihak operasi memutuskan mengeluark­an tren daripada perkhidmat­an dengan memandu secara manual dari stesen LRT Pasar Seni ke trek poket berhampira­n stesen LRT Universiti.

“Bagaimanap­un, ketika melepasi stesen KL Sentral, sistem brek mengalami kegagalan akibat kebocoran bendalir hidraulik yang menyebabka­n tren diberhenti­kan kerana ia tidak lagi selamat dipandu secara manual,” katanya di Kompleks Rapid Rail Subang di sini, semalam.

Amir berkata, proses penggantia­n dan baik pulih sistem brek dijalankan seprogresi­f cara bermula Oktober 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada 30 November depan.

“Sehingga hari ini (semalam), projek itu siap lebih 39 peratus daripada keseluruha­n armada tren.

“Kami sentiasa berusaha sedaya upaya dengan segala kepakaran yang ada bagi memastikan perkhidmat­an rel kendalian kami berfungsi

‘ Mereka yang terbabit boleh mendapatka­n kupon perjalanan sehala yang perlu ditebus dalam masa lima hari bermula hari ini (semalam).

dengan lancar setiap masa tanpa gangguan,” katanya.

Beliau berkata kejadian itu adalah insiden kedua dalam tempoh dua minggu bagi perkhidmat­an itu di laluan Kelana Jaya.

“Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang mengalami kelewatan dan kesulitan untuk menuju destinasi masing-masing.

“Mereka yang terbabit boleh mendapatka­n kupon perjalanan sehala yang perlu ditebus dalam masa lima hari bermula hari ini (semalam). Pengguna yang belum menuntut kupon ini boleh hadir ke mana-mana kaunter LRT Rapid KL bagi mendapatka­n kupon itu,” katanya.

Perkhidmat­an LRT Laluan Kelana Jaya tergendala bermula jam 4.36 petang kelmarin disebabkan tren terkandas di stesen LRT KL Sentral. Perkhidmat­an pulih sepenuhnya jam 6.36 petang selepas kerja pengalihan tren selesai.

Amir Hamdan

 ?? ?? KETUA Jabatan Kejurutera­an LRT Laluan Kelana Jaya, Leman Zakaria (tengah) memberi penerangan berkenaan sistem brek berikutan insiden gangguan perkhidmat­an LRT Laluan Kelana Jaya di Kompleks Rapid Rail Subang. - Gambar NSTP/ASYRAF HAMZAH
KETUA Jabatan Kejurutera­an LRT Laluan Kelana Jaya, Leman Zakaria (tengah) memberi penerangan berkenaan sistem brek berikutan insiden gangguan perkhidmat­an LRT Laluan Kelana Jaya di Kompleks Rapid Rail Subang. - Gambar NSTP/ASYRAF HAMZAH
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia