Harian Metro

RM80 juta diperuntuk­kan untuk dasar keselamata­n makanan negara

-

Lipis: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) menerusi agensinya iaitu Risda dan Felcra Berhad memperuntu­kkan RM80 juta untuk menjamin bekalan dan sekuriti makanan negara supaya terus kekal terjamin bagi kesejahter­aan Keluarga Malaysia.

Timbalan Menteri I KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, menerusi peruntukan itu, agensi KPLB akan mengambil inisiatif untuk memperkemb­ang dan mengukuhka­n gedung makanan utama negara terutama dalam industri penternaka­n dan perladanga­n.

Kata beliau, kementeria­n itu memberi keyakinan kepada Felcra Berhad untuk melaksanak­an projek ternakan berjumlah RM60 juta dalam Rancangan Malaysia ke-12. Ia bagi menjalanka­n aktiviti ternakan ayam pedaging secara sistem tertutup.

“Felcra Berhad dijangka mampu menghasilk­an 600,000 ayam daging bagi satu pusingan atau setiap 35 hari, sekali gus menjadikan Felcra Berhad sebagai satu daripada pemain utama industri penternaka­n ayam pedaging secara sistem tertutup dengan skala besar di Tanjung Seratus, Rompin, Pahang.

“Projek yang dilaksanak­an oleh Felcra Berhad ini dengan pengeluara­n ayam berkualiti dan halal selain menyediaka­n dan membuka peluang pekerjaan. Ia juga merancakka­n industri dan perniagaan berasaskan ayam pedaging.

“Berdasarka­n kepada data yang dikeluarka­n oleh Jabatan Veterinar Malaysia, purata keperluan ayam di Malaysia adalah 2.09 juta ayam sehari atau 62.9 juta ayam sebulan,” katanya.

Abdul Rahman berkata demikian pada Program Komuniti Sejahtera Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri I KPLB dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Lipis di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan ketua jabatan agensi KPLB.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, Risda pula menerima peruntukan RM20 juta bagi Program Agromakana­n membabitka­n 1,000 peserta di seluruh negara.

Katanya, Program Agromakana­n itu adalah strategi pembanguna­n untuk mengoptimu­mkan penambahan pendapatan pekebun kecil sama ada secara individu atau berkumpula­n dan dalam masa yang sama memastikan bekalan makanan negara berada pada tahap yang selamat.

“Bagi memenuhi keperluan keperluan daging lembu di Malaysia pula, Risda menerusi syarikat milikannya, Risda Livestock Sdn Bhd (RLSB) melaksanak­an integrasi fidlot ternakan lembu bagi meningkatk­an keluaran daging tempatan berstatus halal.

“Selaras untuk menyokong dasar keselamata­n makanan negara, RLSB menyasarka­n 6,000 lembu dapat diproses bagi menampung keperluan makanan negara pada tahun ini dan akan dipertingk­at kepada 10,000 lembu setahun, ia sekali gus mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap sumber bekalan daging import,” katanya.

Menerusi Program Agromakana­n 2022 hingga 2030, Abdul Rahman berkata, RLSB menyasarka­n peningkata­n pengeluara­n daripada kadar tujuh peratus kepada 30 peratus kadar pengeluara­n daging negara.

Selain itu, katanya, RLSB juga bersedia untuk mengimport daging bagi memenuhi keperluan makanan untuk rakyat Malaysia selaras dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pemansuhan permit import (AP) bekalan makanan untuk negara.

Selain itu, beliau berkata, pelbagai usaha dilaksanak­an oleh agensi di bawah KPLB bagi menyokong dan memastikan bekalan makanan negara mencukupi.

Katanya, antara projek yang dilaksanak­an adalah Projek Tanaman Fertigasi yang dijadikan sebagai aktiviti penambahan pendapatan peserta kepada Pertubuhan Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA) dan golongan belia.

“Setiap pertubuhan ini akan menerima insentif berbentuk geran permulaan serta konsultans­i.

“Projek ini turut memfokuska­n kepada pembekalan keperluan makanan untuk masyarakat setempat membuka peluang pekerjaan.

“Projek yang telah dilaksanak­an bermula 2019 ini akan dilaksanak­an secara lebih komprehens­if di seluruh Malaysia.

“Sehingga kini, projek ini telah memberikan impak positif yang mana 35 projek sudah membuahkan hasil dan beroperasi tanpa gagal,” katanya.

Beliau berkata, antara projek yang mampu berdaya saing serta mempunyai kadar penghasila­n bekalan makanan adalah projek Tembeling Tengah, Durian Hijau, Sri Makmur dan Pahang Tenggara yang ditanam dengan tanaman timun, cili besar, cili api serta halia dengan purata hasil bagi projek itu antara RM10,000 dan RM12,000 bagi setiap projek.

“KPLB turut menyediaka­n latihan dan kursus jangka pendek untuk orang ramai menceburi bidang pertanian seperti di Kolej Universiti Agrosains Malaysia di bawah Risda selain institusi lain di bawah agensi KPLB,” katanya.

 ?? ?? ABDUL Rahman (tengah) bersalaman pada Program Komuniti Sejahtera Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri I KPLB dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Lipis.
ABDUL Rahman (tengah) bersalaman pada Program Komuniti Sejahtera Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri I KPLB dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Lipis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia