Harian Metro

Tulis azam Anugerah Pingat Emas Canselor di almari baju

-

Shah Alam: “Sejak hari pertama mendaftar di Management & Science University (MSU) untuk program asasi pada 2017, saya sudah berazam untuk menjadi penerima Anugerah Pingat Emas Canselor.

“Azam itu saya tulis di almari baju. Alhamdulil­lah, hari ini (semalam) apa yang diimpikan menjadi kenyataan,” kata Nur Aqila Syafiqa Sallehhudd­in, 23, selepas Majlis Konvokesye­n MSU Ke-29, semalam.

Menurut pelajar Sarjana Muda Sains Perubatan itu, dengan keazaman itu, dia menyusun hidupnya bukan untuk belajar semata-mata tetapi memberi sepenuh komitmen serta aktif dalam pelbagai aktiviti dalam dan luar kampus.

“Saya menyusun jadual saya setiap hari dan tidak duduk saja tanpa melakukan apa-apa aktiviti.

“Kekuatan saya adalah mendengar, jadi apabila di dewan kuliah saya akan fokus menulis nota dan memberi perhatian sepenuhnya terhadap sisi pembelajar­an.

“Dengan jadual yang padat, saya tidak ada banyak masa untuk mengulang kaji selain di dalam kelas. Jadi, 80 peratus pemahaman saya adalah berdasarka­n nota dan fokus di dalam kelas,” katanya yang bersyukur mempunyai rakan yang memahami caranya belajar.

Menjadikan ayahnya, Sallehhudd­in Abdullah, 57, seorang pekebun sebagai sumber inspirasi, Nur Aqila akui tanpa pengorbana­n ayah ibu, dia tidak akan berada pada tahap sekarang.

“Selama ini, bapa membesarka­n kami lima beradik dengan hasil dari kebun jambu dan getah yang diusahakan dan saya sendiri mempunyai pengalaman membantuny­a di kebun.

“Jadi, setiap kali berasa mahu putus asa, saya akan ingat betapa susah dan peritnya bekerja di kebun.

“Kerana itu juga saya tidak akan berhenti untuk mencapai lebih banyak kejayaan bukan saja untuk membanggak­an mereka tetapi untuk membalas jasa serta pengorbana­n mereka selama ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden MSU Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata, pihaknya berhasrat untuk memperkasa­kan Akreditasi Pengalaman Pembelajar­an Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) sebagai sebahagian daripada program akademikny­a dalam usaha memberikan akses pendidikan kepada semua golongan masyarakat.

Katanya, inisiatif itu akan dijadikan sebagai satu komponen pengajaran di MSU.

“Saya melihat APEL adalah satu daripada produk Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang boleh membantu institusi pendidikan tinggi untuk cemerlang dan dalam masa sama APEL menjadi hab pendidikan, khususnya sebagai hab pendidikan antarabang­sa.

“APEL juga memberi akses pendidikan lebih meluas selain untuk pembanguna­n semula kemahiran.

“Jadi, di MSU, kita akan memperkasa­kan APEL menjadi sebahagian daripada program pendidikan akademik untuk disalurkan kepada pelajar pada masa akan datang,” katanya.

 ?? ?? DR Mohd Shukri menyampaik­an Anugerah Pingat Emas Canselor kepada Nur Aqila Syafiqa pada Majlis Konvokesye­n MSU Ke-29, semalam.
DR Mohd Shukri menyampaik­an Anugerah Pingat Emas Canselor kepada Nur Aqila Syafiqa pada Majlis Konvokesye­n MSU Ke-29, semalam.
 ?? ?? NUR Aqila Syafiqa penerima Anugerah Pingat Emas Canselor bersama ibu, Suriati dan bapanya, Salehhuddi­n.
NUR Aqila Syafiqa penerima Anugerah Pingat Emas Canselor bersama ibu, Suriati dan bapanya, Salehhuddi­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia