Harian Metro

MAYAT PENDAKI KEDUA DITEMUI

- Oleh Balqis Jazimah Zahari am@hmetro.com.my

Mayat kedua pendaki wanita yang hilang dihanyutka­n kepala air ketika mendaki Gunung Suku, Simpang Pulai di sini Ahad lalu ditemukan pasukan mencari semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhammad Shahrizal Aris berkata, mayat yang cukup anggota badan itu ditemukan Unit Pengesan K9 di kawasan terowong berhampira­n jalan besar pada jam 11.20 pagi.

“Mayat ditemukan di bawah timbunan tanah dan batu di lokasi Sektor C kawasan terowong berhampira­n jalan besar dan seterusnya kerja mengeluark­an mangsa dijalankan di lokasi berkenaan.

“Anggota badan mayat lengkap cuma ada kecederaan di badan dan kepala,” katanya.

Muhammad Shahrizal berkata, pada jam 11.55 pagi mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, operasi pencarian hari ketujuh itu diteruskan sejak jam 9 pagi dengan kekuatan anggota penyelamat seramai 43 orang dari pelbagai agensi.

“Operasi pencarian tamat sepenuhnya pada jam 1 tengah hari,” katanya.

Ahad lalu, dua wanita dikenali sebagai See Su Yen, 32, dan Ng Yee Chew, 46, dihanyutka­n kepala air ketika mendaki gunung berkenaan kira-kira 5 pagi.

Dalam kejadian itu, sekumpulan 29 pendaki gunung mendengar bunyi air dan tanah runtuh dari atas gunung lalu mengambil keputusan berpatah balik.

Namun, ketika dalam perjalanan kepala air menimpa kumpulan pendaki itu dan dua wanita itu yang berasal dari Cheras dan Klang, Selangor dipercayai dihanyutka­n arus deras.

Sebelum ini media melaporkan, pasukan penyelamat­an menemukan sebelah kaki mangsa dan sebelum kemudian turut menemukan bahagian badan dipercayai milik seorang daripada pendaki terbabit.

Media kemudianny­a turut melaporkan menemui beberapa cebisan pakaian mangsa selain turut menemukan lagi cebisan anggota badan dipercayai mangsa dua pendaki pada hari sama.

 ?? ?? PASUKAN bomba ketika operasi mencari mangsa pendaki wanita yang hilang dihanyutka­n kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai.
PASUKAN bomba ketika operasi mencari mangsa pendaki wanita yang hilang dihanyutka­n kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia