Harian Metro

KES TIDAK TIPIKAL

Penularan cacar monyet mungkin berterusan untuk tempoh tertentu

-

Sekurang-kurangnya lapan negara iaitu Australia, Kanada, Amerika Syarikat, Belgium, Perancis, Jerman, Itali, Portugal, Sepanyol, Sweden dan United Kingdom melaporkan beberapa kes jangkitan cacar monyet setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jangkitan virus berkenaan jarang berlaku, tetapi boleh berjangkit melalui kontak rapat antara orang perseorang­an, lapor Bernama yang memetik Xinhua.

“Kes baru-baru ini adalah tidak tipikal atas beberapa sebab,” kata pengarah wilayah WHO untuk Eropah, Hans Kluge.

“Dalam keadaan ini, semua kes kecuali satu mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan Afrika Barat atau Afrika Tengah,” katanya.

Kluge juga berkata, kebanyakan kes, baru-baru ini, dikesan dalam kalangan mereka yang menawarkan perkhidmat­an seks dan lelaki mengamalka­n hubungan seks sejenis.

“Oleh kerana sifat virus itu merebak secara geografi di seluruh Eropah, penularan mungkin berterusan untuk tempoh tertentu,” katanya.

Kluge berkata, WHO sedang bekerjasam­a dengan negara-negara terbabit untuk menyiasat kes itu dengan lebih lanjut, mencari kemungkina­n sumber jangkitan, cara virus merebak dan mengehadka­n penularan selanjutny­a.

“Kami turut menyediaka­n panduan dan sokongan mengenai pengawasan, ujian, pencegahan dan kawalan jangkitan, pengurusan klinikal, komunikasi risiko dan pembabitan komuniti, serta memudahkan perkongsia­n maklumat merentasi negara serta rangkaian kesihatan,” kata Kluge.

Beliau berkata, kebanyakan kes yang sedang disiasat di Eropah hanya menunjukka­n simptom ringan.

Dalam pada itu, AFP melaporkan tiga kes cacar monyet yang disahkan di Belgium ada kaitan dengan pesta fetis (fetish festival) berskala besar di bandar pelabuhan Antwerp, kata penganjur pada Jumaat.

Beberapa negara Eropah melaporkan kes sejak kebelakang­an ini dan WHO menyiasat sama ada beberapa penularan dalam komuniti gay.

Cacar monyet biasanya tidak membawa maut, tetapi mereka yang dijangkiti­nya akan mengalami simptom seperti demam, sakit otot, pembengkak­an kelenjar getah bening, menggigil, keletihan dan ruam seperti cacar air pada tangan dan muka.

Virus itu boleh disebarkan melalui sentuhan dengan luka kulit atau titisan cecair badan daripada orang yang dijangkiti.

 ?? ?? FOTO menunjukka­n keadaan kulit badan pesakit cacar monyet di Congo. - Foto fail Reuters
FOTO menunjukka­n keadaan kulit badan pesakit cacar monyet di Congo. - Foto fail Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia