Harian Metro

‘GADIS JULING’ IMPI JADI MODEL

Pempengaru­h TikTok ada 211,000 pengikut tetap yakin dan mencintai diri sendiri walaupun sering disasar pembuli

-

Seorang gadis yang juga pempengaru­h di TikTok dikenali ramai kerana keunikan mata kirinya.

Daily Star melaporkan Elley Davies, 18, mempunyai mata juling atau strabismus, yang menyebabka­n mata kirinya buta 80 peratus, manakala sebelah kanannya perlu ‘bekerja lebih kuat’ bagi membolehka­nnya dapat melihat.

Elley dari Pembrokesh­ire, Wales, belajar di kolej untuk mendapatka­n kelayakan dalam bidang terapi kecantikan dan bekerja sambilan di kelab malam.

Dia yang disahkan mempunyai masalah kelainan pada mata pada usia empat tahun, namun enggan memakai cermin mata.

Bagaimanap­un, gadis itu membuktika­n kekurangan yang ada tidak menghalang­nya untuk jadi yakin dan mencintai dirinya sendiri.

Walaupun sering menjadi sasaran pembuli dan menerima usikan, Elley semakin dikenali malah sudah mengumpul 211,000 pengikut TikTok.

Dalam temu bual eksklusif dengan Daily Star, Elley bercerita dia menerima keadaan matanya dan harapan untuk menjadi model pada masa hadapan.

“Masalah berlaku sekitar usia empat tahun, ibu bapa saya baru perasan mata saya, kebanyakan­nya apabila saya letih.. ia akan lebih mudah kelihatan.

“Perkara yang sama berlaku dengan abang saya, dia mempunyai masalah sama cuma suka memakai cermin mata namun saya tidak.

“Pernah ada orang menoleh dan memandang ke arah mata saya kerana tidak pasti sama ada saya bercakap dengan mereka atau orang di sebelah mereka dan ia memang mencabar.

“Itu satu-satunya sebab saya menyesal tidak memakai cermin mata,” katanya.

Bagaimanap­un, populariti di media sosial membuka peluang kepada Elley untuk menjadi terkenal.

Ia dimanfaatk­an Elley untuk mempamerka­n bakat dan kemahiran menyolek wajah di platform TikTok.

“Pada awalnya, saya aktifkan TikTok untuk keseronoka­n kerana suka menari dan menyanyi lip sync (selaras bibir),” katanya.

 ?? ?? ELLEY Davies
ELLEY Davies

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia