Harian Metro

Kecerdasan kembar terpisah berbeza

-

Washington: Kajian terhadap kembar yang dibesarkan secara berasingan di seluruh dunia mendapati perbezaan tempat membesar memberi impak ketara kepada tahap kecerdasan.

LADBible melaporkan, kembar yang dilahirkan di Seoul, Korea Selatan, pada 1974, terpisah dengan kembarnya, pada usia dua tahun, apabila salah seorang daripada mereka tersesat di sebuah pasar.

Walaupun ibu bapanya berusaha mencari anak perempuan mereka yang hilang, dia tidak disatukan semula dengan keluargany­a dan kanak-kanak itu akhirnya menjadi anak angkat oleh satu pasangan dari Amerika Syarikat (AS).

Dibesarkan di AS, kanak-kanak itu sama sekali tidak menyedari bahawa dia mempunyai adik-beradik kembar.

Ia sehingga 2018 apabila dia menyerahka­n keputusan ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA) kepada satu program di Korea Selatan.

Tindakan itu bertujuan untuk menyatukan semula ahli keluarga yang hilang.

Dua tahun lalu, dia mendapati dirinya bukan saja mempunyai kembar tetapi juga seorang abang dan kakak.

Selepas kembar itu bertemu, mereka menduduki siri ujian yang direka untuk menilai kecerdasan, kesihatan mental dan sejarah perubatan.

Ia sekali gus menghasilk­an kajian mengenai kembar seiras berasingan.

Hebatnya, kembar yang dibesarkan Korea Selatan itu mempunyai tahap kecerdasan (IQ) yang jauh lebih tinggi, dengan kelebihan 16 mata berbanding kakaknya.

Penemuan kajian diterbitka­n dalam jurnal Perbezaan Personalit­i dan Individu itu bercanggah dengan penyelidik­an terdahulu mengenai kembar seiras, yang menunjukka­n perbezaan tidak lebih daripada tujuh mata IQ, antara kembar.

Penyelidik tidak dapat menyimpulk­an bahawa perbezaan IQ secara langsung berkaitan dengan perbezaan tempat mereka membesar.

Namun, kembar terbabit menerima pendidikan berbeza, dan ia boleh menyumbang kepada IQ mereka.

Saudara perempuan dibesarkan di AS mengalami tiga gegaran otak sepanjang hidupnya, yang boleh memberi kesan ketara kepada kapasiti kognitif.

Difahamkan, kembar dibesarkan di Korea Selatan dibesarkan dalam rumah tangga yang bahagia dan harmoni.

Pasangan kembarnya yang membesar di AS mengalami zaman kanak-kanak yang lebih sukar.

Ini kerana dia kehilangan keluarga, menemui keluarga baharu, dan konflik di rumah baharu mengakibat­kan perceraian ibu bapa angkatnya.

 ?? ?? KEMBAR berkenaan.
KEMBAR berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia