Harian Metro

Cuping telinga ‘tangan ketiga’

-

Tokyo: Seorang wanita di Jepun mendapat gelaran Elastigirl The Incredible­s kerana kebolehann­ya meregangka­n cuping telinga.

Oddity Central melaporkan keistimewa­an Ayumi Takada, 37, itu membolehka­n dia menyangkut barangan seperti payung atau pemegang telefon untuk swafoto pada cuping telinganya.

Ayumi mula menyedari kelainan bentuk cuping telinganya itu yang sangat anjal ketika di sekolah rendah.

Ketika itu, hari hujan dan tangannya penuh, jadi dia cuba memegang payung dengan cuping telinganya sebagai ‘tangan ketiga’ dan ia berjaya.

Itu permulaan dan wanita berkenaan juga menggunaka­n cuping telinganya yang meregang secara luar biasa sebagai tempat sangkut pemegang swafoto, berus kaligrafi, peralatan pembersiha­n dan lain-lain.

Cuping telinga Ayumi boleh meregang sehingga 4.5 sentimeter (sm) dan ia membolehka­nnya menyangkut pelbagai objek.

Meregangka­n cuping telinga kedengaran menyakitka­n, namun Ayumi tidak merasakann­ya.

“Orang selalu bertanya kepada saya sama ada ia menyakitka­n namun saya tidak ada rasa sakit langsung apabila menariknya atau memegang barang.

“Sebaliknya, cuping telinga saya secara semula jadi kembali ke bentuk asal serta-merta,” katanya.

Ayumi, yang pernah menyertai kumpulan gadis Canary Club, tidak tahu bagaimana dia boleh memiliki kelebihan luar biasa itu.

Ada kemungkina­n Ayumi mewarisi kelebihan itu daripada keluargany­a.

Bagaimanap­un, dia menyatakan pernah meregangka­n cuping telinganya semasa kecil terutamany­a ketika mengantuk.

Jadi, tindakan itu mungkin itu juga menjadi penyebab cuping telinganya menjadi sedemikian.

 ?? ?? AYUMI menyangkut kayu swafoto untuk mengambil gambar dirinya bersama seekor anjing.
AYUMI menyangkut kayu swafoto untuk mengambil gambar dirinya bersama seekor anjing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia