Harian Metro

KUALITI PREMIUM

Cherry Tiggo 7 Pro serlah rekaan sporty jengah pasaran Afrika Selatan

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Tiggo ialah barisan model Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) crossover dihasilkan pengeluar kenderaan dari China, Cherry Automobile, sejak 2005.

Model pertamanya dikenali sebagai Tiggo. Ia disusuli Tiggo 5 yang bersaiz lebih besar.

Cherry memasuki pasaran Malaysia sekitar 2005 dan untuk model Tiggo, ia diperkenal­kan pada 2007.

Kini model Tiggo semakin berkembang dalam pasaran antarabang­sa dengan model baharu yang lebih menarik.

Satu daripadany­a ialah Tiggo 7 Pro yang sudah pula memasuki pasaran Afrika Selatan, ia menyertai model Tiggo 4 Pro dan Tiggo 8 Pro.

Ia menawarkan reka bentuk moden, teknologi dan gaya premium menerusi varian ‘Distinctiv­e’ dan ‘Executive’.

Seperti model SUV lain, ia direka dengan konsep ‘life in motion’ dengan mengetenga­hkan gril corak berlian matriks geometrik, lampu hadapan, belakang dan lampu nyalaan siang (DRL) LED.

Ciri standardny­a termasuk cermin sisi lipatan elektrik, sil pintu LED, lampu kabus sudut luas, sistem kemasukan pintar dan pintu belakang elektrik.

Ruang kargonya boleh memuatkan 475 liter sehingga 1,500 liter jika tempat duduk belakang direbahkan.

Model ini juga dilengkapi rim aloi bersaiz 18 inci dengan angkup brek merah untuk varian Executive.

Selain itu, bingkai tingkapnya hitam dan krom, ia menyerlahk­an gaya ilusi ‘terapung’.

Ia turut datang dengan lampu belakang ‘lightbar’, spoiler bumbung dan ekzos berkembar.

Untuk enjin, Tiggo 7

Pro dikuasakan dengan enjin petrol 1.5 liter Turbo yang dibangunka­n oleh Cherry.

Ia menjana kuasa 147PS pada 5,500rpm dan tork 210Nm pada 1,750 hingga 4,500rpm.

Model pacuan roda hadapan ini didatangka­n dengan kotak gear transmisi CVT sembilan kelajuan maya kawalan elektronik.

Model ini juga dibina di atas platform T1X yang ringan dan kukuh.

Di ruang kabin, ia dilengkapi panel meter bersaiz 7 inci, sistem infotainme­n 10.25 inci LCD dengan keterhubun­gan Apple CarPlay dan Android Auto, Bluetooth dan paparan kamera undur serta fungsi arahan suara.

Varian Executive dilengkapi bumbung panorama.

Untuk semua varian, ia hadir dengan pengecas telefon tanpa wayar dan pencahayaa­n suasana.

Ciri keselamata­n model ini diiktiraf menerusi Program Penilaian Kenderaan Baharu China (C-NCAP) lima bintang, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Pengagihan Kuasa Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek Kecemasan dan banyak lagi.

Untuk varian Eksekutif, ia dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), enam beg keselamata­n serta kamera 360 darjah.

Model Cherry Tiggo 7 Pro didatangka­n dengan lima tahun jaminan pengeluar atau 150,00km yang mana lebih dahulu selain 10 tahun untuk enjin atau satu juta kilometer, yang mana lebih dahulu.

Model ini juga dirancang dibawa masuk untuk pasaran Malaysia.

 ?? ?? TIGGO kini tampil lebih premium.
TIGGO kini tampil lebih premium.
 ?? ?? BAHAGIAN kabin elegan.
BAHAGIAN kabin elegan.
 ?? ?? TRANSMISI CVT.
TRANSMISI CVT.
 ?? ?? PADANAN rim 18 inci.
PADANAN rim 18 inci.
 ?? ?? DILENGKAPI bumbung panorama.
DILENGKAPI bumbung panorama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia