Harian Metro

BENTUK DAN FUNGSI

Rekaan motosikal Kawasaki tawar rekaan dengan konsep prestasi

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Pada 1937, Kawasaki

Heavy Industries mengeluark­an motosikal pertama mereka hasil pengalaman menghasilk­an enjin kapal terbang.

Model-model ikonik seperti H1, Z1, Ninja dan Ninja H2 (2015) dengan enjin pengecas super antara yang direka dengan prestasi tersendiri.

Rekaan motosikal ini sememangny­a tampil berbeza pada zamannya, malah sehingga kini.

Pada 2021, motosikal Kawasaki bernaung di bawah Kawasaki Motors Ltd (KMC).

Anak syarikat Kawasaki ini menumpukan penghasila­n dan rekaan motosikal dengan lebih terperinci.

Vroom berpeluang bertemu dengan Unit Rekaan dan Perancanga­n Produk Kawasaki Motors Ltd (KMC) daripada

K-Tech Corporatio­n, yang berkunjung ke Malaysia baru-baru ini.

Ia adalah Ketua Kakitangan Kanan, Bahagian Pembanguna­n Teknologin­ya, Keishi Fukumoto dan Pengurus Seksyen, Seksyen Perancanga­n Produk, Bahagian Perancanga­n Produk Keiichi Morohara.

Menurut Keishi Fukumoto, sebagai pereka, sekitar empat tahun lalu, motosikal Kawasaki mula menggunaka­n empat konsep asas rekaan iaitu ‘Sugomi’, ‘Fierce’, ‘Sharp’ dan ‘Sexy’, terutama untuk model Ninja serta Z.

“Sebelum ini, Kawasaki tiada konsep rekaan tertentu dan kami memulakan konsep ini yang direalisas­ikan pada model Kawasaki Ninja H2 SX pada 2017.

“Kami mengambil elemen dalam budaya dan persekitar­an masyarakat Jepun untuk diadun ke dalam rekaan jentera ini, seterusnya menjadikan ia berprestas­i serta bergaya,” katanya.

Menurutnya, setiap rekaan direka berdasarka­n lain daripada yang lain.

Ini terutama untuk model Ninja, ia dibangunka­n sebagai model prestasi.

Setiap sudut dan bentuk, termasuk posisi menunggang dihasilkan untuk fungsi seperti aerodinami­k, ‘downforce’ serta aliran angin lebih baik supaya penunggang tidak berasa bahang enjin.

Untuk model lain seperti Kawasaki

Versys sebagai model pengembara­an, ia lebih ditumpukan kepada ciri fungsi yang terdapat pada motosikal untuk lebih praktikal dalam tunggangan.

Keishi Fukumoto menyertai Kawasaki sejak 1988 dan antara sentuhan awalnya ialah pada rekaan Super Sport Kawasaki ZX-9R.

Selain itu, katanya, antara elemen dan konsep rekaan di Malaysia yang menarik minatnya ialah ciri geomatrik yang terdapat pada masjid.

Katanya, ia sesuai diangkat sebagai antara bahasa rekaan yang patut diketengah­kan.

Untuk Keiichi Morohara, dia banyak bekerja rapat dengan pasukan perlumbaan yang sebelum ini, dia berada dalam Unit Sukan Permotoran.

“Ketika berkunjung di sini, saya berpeluang menonton perlumbaan Cub Prix dan melihat rekaan model-model moped di Malaysia. Ia semakin maju dengan konsep yang pelbagai.

“Malah, pada pandangan saya, orientasi penunggang di Malaysia ialah sukakan kelajuan maksimum .

“Ia berbeza dengan di Jepun. Perkara ini akan menentukan reka bentuk model yang akan menjadi pilihan ramai,” katanya.

Buat masa ini, KMC tidak berhasrat untuk memasuki pasaran motosikal moped di rantau Asia Tenggara dan kekal dengan produk motosikal berkuasa 250cc dan ke atas.

Berkenaan dengan motor elektrik, mereka sedang mendalami, mengkaji serta menguji kesesuaian terutama teknologi bateri dan elektrik motor.

“Ia adalah sesuatu yang baru buat KMC dan sebagai permulaan, kami akan memulakan ia dalam skala motosikal yang kecil sebelum dibangunka­n untuk motosikal yang lebih besar,” katanya.

 ?? ?? MODEL Kawasaki H2 SX.
MODEL Kawasaki H2 SX.
 ?? ?? KEISHI Fukumoto (kanan) dan Keiichi Morohara dalam lawatan ke Malaysia baru-baru ini.
KEISHI Fukumoto (kanan) dan Keiichi Morohara dalam lawatan ke Malaysia baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia