Harian Metro

PRESTASI DALAM KELASNYA

Yamaha 135 LC FI SE gaya dan ciri terkini edisi khas

-

Sekitar 36 tahun lalu, penulis belajar menunggang motosikal menggunaka­n model cub yang ketika itu kebanyakan­nya tanpa klac.

Kemudian, model moped dengan klac separa automatik diperkenal­kan sekitar 1990-an sebelum datang klac penuh sebelum ia menjadi pilihan bagi yang berjiwa prestasi sehingga kini.

Meskipun begitu, masih ramai yang selesa dengan motosikal cub tanpa klac (klac automatik) yang bukan sahaja memudahkan urusan tunggangan malah sesuai bagi kelancaran urusan seharian.

Antara model cub tanpa klac di pasaran ialah Yamaha 135 LC yang diperkenal­kan pada 2006.

Pada Mac lalu, diperkenal­kan pula Yamaha 135 LC FI 2022 Baharu yang tampil dengan kemasan rekaan baharu dan enjin dipertingk­atkan.

Untuk pasaran Malaysia, dua varian ditawarkan iaitu Standard dan Edisi Khas (S.E.) dengan perbezaan bakul premium serta warna.

Vroom berpeluang menunggang uji model varian SE baru-baru ini.

Jika melihat kepada reka bentuk model terbaharu ini, ia seakan-akan sama, namun terdapat beberapa kemasan yang diperbahar­ui terutama pada bahagian fairing hadapan.

Antara yang terbaharu ialah tambahan ciri aerodinami­k pada corong udara serta lampu hadapan selain lampu posisi dan lampu belakang LED.

Ia juga didatangka­n dengan meter digital

LCD sepenuhnya dengan fungsi odometer, rpm dan maklumat perjalanan mudah untuk dilihat.

Bagi kemudahan penunggang, ia dilengkapi penghidup elektrik selain sistem bersepadu untuk kunci penghidup enjin serta membuka tempat duduk.

Untuk model S.E. ini, ia didatangka­n dengan bakul premium Yamaha dengan ciri 2 dalam 1 yang direka khas bagi model ini.

Ia hadir dengan ruang meletak barangan manakala bahagian tertutup dilengkapi port pengecas USB.

Malah, ketika hujan, ruang simpananny­a tetap kedap.

Yamaha 135 LC FI SE dikuasakan enjin 135cc baharu sejukan cecair empat lejang SOHC. Ia mampu menjana kuasa 12.5 kuasa kuda pada 8,000rpm dan tork 12.2Nm pada

6,000rpm.

Enjin itu datang dengan ciri suntikan bahan api yang mematuhi piawaian Euro 4 (EU4). Ia juga terasa ‘ringan’ dan lancar pada sebarang kelajuan.

Dengan kotak gear empat kelajuan Constant Mesh, ia memang sesuai buat perjalanan dalam bandar.

Ketika menunggang di lebuh raya, ia menawarkan kelajuan sehingga 120 kilometer/sejam (km/j) dan untuk versi standard, pada pandangan penulis, ia sudah cukup baik dengan saiz, berat jentera 109 kilogram (kg) dan kapasiti enjin sedia ada.

Tangki bahan api 4.6 liter juga lebih besar berbanding model terdahulu.

Dengan gaya tunggangan penulis yang ‘memerahnya’ pada kelajuan maksimun secara konsisten, jentera ini mampu menjangkau jarak perjalanan sehingga 110km.

Secara keseluruha­n, Yamaha 135 LC FI SE menawarkan penggunaan dengan ciri mudah, namun ia dipadankan dengan enjin prestasi serta rekaan agresif.

Klac automatik juga antara kelebihan model ini kerana penunggang, sama ada lelaki atau wanita, mudah mengendali­kannya.

Ciri keselamata­n dengan brek cakera hadapan dan belakang, rim tetuang ciri inspirasi Yamaha

125Z, menambah elemen keselamata­n dan gaya pada jentera ini.

Motosikal ini juga khusus untuk pasaran Malaysia. Ia dibangunka­n bersama Yamaha Corporatio­n daripada segi rekaan dan enjin.

Penulis juga berkesempa­tan bertanya kepada Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Datuk Dr Jim Khor yang mengatakan, model ini dihasilkan melalui kaji selidik pengguna.

Beliau juga menambah, ia dibangunka­n bagi memenuhi keperluan peminat jentera dua roda di Malaysia, bukan sahaja untuk tunggangan seharian, malah yang berprestas­i dalam segmennya.

Penulis akui kenyataan itu kerana selain rekaan, ciri-ciri tambahan yang ditawarkan bukan sahaja menepati golongan sasar malah akan menjadi pilihan utama buat pembeli yang mahukan jentera yang berbaloi, termasuk harga alat ganti dan untuk jualan semula sebagai model terpakai.

Untuk pasaran

Malaysia, Yamaha 135 LC FI ditawarkan dengan tiga warna untuk model standard iaitu Merah Ruby, Cyan Kristal dan Midnight Star.

Ia dijual pada harga RM7,798 (atas jalan tanpa insurans).

Untuk model Edisi Khas (SE) dengan warna ‘Desert Storm’, ia dijual pada harga RM8,198 (atas jalan tanpa insurans).

 ?? ?? POSISI menunggang ergonomik.
POSISI menunggang ergonomik.
 ?? ?? REKAAN gaya sporty dan agresif.
REKAAN gaya sporty dan agresif.
 ?? ?? BAHAGIAN belakang lampu rekaan baharu.
BAHAGIAN belakang lampu rekaan baharu.
 ?? ?? BREK cakera hadapan dan belakang.
BREK cakera hadapan dan belakang.
 ?? ?? BAKUL Premium Yamaha.
BAKUL Premium Yamaha.
 ?? ??
 ?? ?? KEMASAN rekaan ‘fairing’ ciri aerodinami­k.
KEMASAN rekaan ‘fairing’ ciri aerodinami­k.
 ?? ?? ENJIN menepati piawaian EU4.
ENJIN menepati piawaian EU4.
 ?? ??
 ?? ?? METER digital LCD sepenuhnya.
METER digital LCD sepenuhnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia