Harian Metro

Jualan kenderaan meningkat, UMW Toyota Motor kongsi rezeki

-

Sepanjang April lalu, UMW Toyota Motor merekodkan jualan 6,868 unit bagi semua model Toyota serta 78 unit bagi model Lexus.

Berbanding tempoh sama tahun lalu, jualan kenderaan Toyota dan Lexus merekodkan peningkata­n 11 peratus.

Selaras dengan itu, menerusi promosi raya ‘Bersama Lebih Bermakna’, pelbagai tawaran menarik bernilai RM4,000 ditawarkan buat pelanggan yang memilih model Vios dan Yaris.

Ia juga dimeriahka­n dengan filem pendek berjudul ‘Kota Raya’ yang ditayangka­n di saluran YouTube dan media sosial lain dengan barisan pelakon hebat serta penampilan istimewa Duta Yaris dan pelumba Toyota Gazoo Racing, Janna Nick.

UMW Toyota Motor juga menyumbang kepada golongan memerlukan pada Ramadan lalu menerusi program ‘Titipan Kasih Harian Metro’ dengan sumbangan baju raya bernilai RM150 untuk 50 kanak-kanak berserta duit raya selain sumbangan ‘Kotak Rezeki’ barangan keperluan buat 170 keluarga.

Presiden UMW Toyota Motor Ravindran K berkata, aktiviti ini dijalankan untuk mereka berkongsi sambutan perayaan dengan insan kurang bernasib baik.

“Sebagai kesinambun­gan kempen ‘Bersama Lebih Bermakna’, kami mendekati semua golongan yang kurang berkemampu­an, terutaman anak yatim dan keluarga ibu bapa tunggal.

“Kami juga ingin memberi inspirasi dan menyemai semangat kesukarela­wanan yang kuat, bersama-sama dengan khidmat masyarakat dalam kalangan pekerja, sebagai cara untuk membawa jenama kami lebih dekat dengan masyarakat,” katanya.

Selain itu, UMW Toyota Motor juga meneruskan sambutan Aidilfitri dengan ‘Toyota Raya Open House Weekender’ pada 21 dan 22 Mei ini di semua ruang pameran di seluruh negara dengan pelbagai aktiviti serta tawaran menarik kepada pelanggan.

 ?? ?? PELBAGAI aktiviti dan tawaran menarik Toyota pada hujung minggu ini. PROGRAM bersama Titipan Kasih Harian Metro.
PELBAGAI aktiviti dan tawaran menarik Toyota pada hujung minggu ini. PROGRAM bersama Titipan Kasih Harian Metro.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia