Harian Metro

PRAEKLAMPS­IA RAGUT NYAWA

Penyakit amat berbahaya kerana dalam kebanyakan kes wanita hamil menghidapi­nya tidak mempunyai gejala

- Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

“Saya sedih apabila mengetahui kematian anak sulung yang dilahirkan pada minggu 38 kehamilan berpunca daripada penyakit ‘praeklamps­ia’ yang saya hadapi semasa mengandung­kannya pada 2004.

“Saya tidak menyangka sakit kepala, lesu badan, pandangan kabur dan loya yang dialami adalah gejala praeklamps­ia,” kata Syareena Abu Bakar, 42.

Kesedihan Syareena berganda apabila kandungan keduanya gugur pada minggu ke-11 pada 2005.

Syareena berkata, dia mengetahui berkaitan penyakit dihidapiny­a apabila mendapatka­n rawatan dengan Perunding Kanan Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Prof Dr Zaleha Abdullah Mahdy, atas saranan rakannya selepas insiden kematian anak sulung dan keguguran kandungan kedua.

“Oleh kerana penyakit ini berpotensi memberikan risiko kepada ibu dan bayi dalam kandungan, maka sepanjang empat kehamilan yang seterusnya, saya dijaga rapi oleh Dr Zaleha.

“Jika pada pemeriksaa­n bulanan, Dr Zaleha dapati tekanan darah tinggi, saya akan ditahan di wad untuk pemantauan,” katanya.

Syareena turut menasihati ibu hamil supaya mematuhi arahan, mendengar nasihat doktor serta mengambil ubat yang ditetapkan.

“Segera ke hospital untuk pemeriksaa­n jika mengalami gejala ‘luar biasa’ semasa hamil. Ini kerana setiap kehamilan adalah berbeza.

“Suami hendaklah menemani isteri setiap kali membuat pemeriksaa­n antenatal untuk mengetahui keadaan atau masalah pada kandungan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Zaleha berkata, praeklamps­ia ialah penyakit darah tinggi dialami ibu hamil yang banyak mengorbank­an nyawa ibu dan bayi di dunia.

Menurutnya, secara teorinya, terdapat dua faktor utama wanita hamil menghidap praeklamps­ia.

“Faktor pertama berpunca daripada pembentuka­n uri pada minggu lapan hingga 12 kehamilan. Ia mula menunjukka­n gejala awal akan berlaku masalah praeklamps­ia pada penghujung kehamilan.

“Gejala awal ini tidak ketara kecuali jika dilakukan pemeriksaa­n ultra bunyi pada salur darah rahim,” katanya.

Menurut beliau, kedua ialah faktor risiko pada ibu apabila wanita hamil yang mempunyai masalah komorbid seperti obesiti dan kandungan lemak darah tinggi, mereka berkemungk­inan berisiko lebih tinggi mengalami praeklamps­ia.

“Penyakit ini sangat berbahaya kerana dalam kebanyakan kes, wanita hamil yang menghidap praeklamps­ia tidak mempunyai gejala.

“Tekanan darah tinggi pada ibu hamil meningkat ‘secara senyap’ tanpa sebarang gejala,” katanya.

Beliau yang juga pensyarah di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, sebelum ini, bengkak atau sembab yang dialami dalam kalangan ibu hamil pernah dianggap sebagai satu gejala ketara praeklamps­ia.

“Bagaimanap­un, ia (bengkak atau sembab) ‘digugurkan’ daripada kriteria sebagai satu gejala ketara praekampsi­a.

“Ini kerana ada ibu hamil yang tidak mengalami sembab, tetapi tekanan darahnya meningkat, buah pinggang mula rosak dan akhirnya diserang sawan.

“Sawan adalah gejala paling teruk kepada pesakit praeklamps­ia hingga boleh menyebabka­n pendarahan dalam otak. Ia adalah penyebab utama kematian dalam kalangan penghidap praeklamps­ia,” katanya.

Untuk rekod, di Amerika Syarikat, Mei setiap tahun dipilih sebagai Bulan Kesedaran Praeklamps­ia untuk mendidik ibu hamil mengenai kepentinga­n mengetahui gejala dan golongan berisiko tinggi mengalami praeklamps­ia.

Dr Zaleha berkata, bacaan atas tekanan darah (sistolik) praeklamps­ia ditakrifka­n sebagai sekurang-kurangnya

140 milimeter merkuri (mmHg) dan bacaan bawah (diastolik), 90 mmHg.

“Ini adalah kriteria yang digunakan untuk membuat diagnosis praeklamps­ia kepada ibu hamil,” katanya.

Beliau berkata, selain gejala sawan dan kerosakan buah pinggang, komplikasi praeklamps­ia boleh memberikan kesan kepada setiap organ badan.

“Jantung boleh gagal berfungsi dan masalah paru-paru berair juga boleh berlaku sehingga mengakibat­kan ibu hamil sesak nafas secara tibatiba.

“Ada kalanya kegagalan buah pinggang akibat praeklamps­ia boleh terjadi begitu teruk sehingga menyebabka­n pesakit perlu menjalani rawatan dialisis,” katanya.

Mengenai statistik pesakit praeklamps­ia di Malaysia, beliau berkata, berdasarka­n kajian dilakukan UKM pada

2000 hingga 2005, risiko seorang wanita hamil anak pertama mengalami praeklamps­ia ialah 2.6 peratus iaitu dua hingga tiga orang bagi setiap 100 ibu hamil sulung.

“Secara global, kekerapan berlakunya praeklamps­ia ialah empat hingga lima peratus.

“Risiko penyakit ini lebih tinggi dalam kalangan wanita hamil daripada golongan berpendapa­tan rendah kerana kekurangan zat makanan (mikro nutrien),” katanya.

Menurut beliau, walaupun penyakit ini dikatakan lebih kerap dihidapi ibu hamil anak sulung, tetapi senario di Malaysia ada sedikit kelainan iaitu risikonya meningkat semula dalam kalangan mereka yang mengandung anak keempat dan seterusnya.

Katanya, boleh jadi, faktor peningkata­n usia ibu mempengaru­hinya.

“Banyak kajian menunjukka­n risiko praeklamps­ia meningkat berlipat ganda kepada wanita hamil yang obes,” katanya.

Dr Zaleha berkata, sebahagian besar ibu hamil yang mengalami praeklamps­ia tidak mempunyai masalah tekanan darah tinggi sebelum mengandung.

“Penyakit ini sering terjadi kepada ibu hamil anak pertama dan risiko penyakit ini berulang pada kehamilan seterusnya adalah tinggi.

“Daripada segi usia, dua golongan ibu hamil berisiko menghidap praeklamps­ia ialah mereka yang mengandung sebelum berusia 20 tahun dan mengandung selepas berumur 35 tahun,” katanya.

Dr Zaleha berkata, penyakit praeklamps­ia boleh memberikan dua kesan utama kepada bayi iaitu bayi dilahirkan tidak cukup bulan.

Kerap kali bayi terpaksa dikeluarka­n menerusi pembedahan bagi mengelakka­n praeklamps­ia memberi kesan lebih teruk kepada ibu.

“Kesan kedua ialah merencatka­n tumbesaran bayi dalam kandungan,” katanya.

Menyentuh mengenai rawatan praeklamps­ia, Dr Zaleha berkata, satusatuny­a rawatan penyakit ini ialah mengeluark­an anak dan uri daripada kandungan.

Kemudian, ibu akan beransur pulih daripada penyakit berkenaan.

“Masalah lain pula timbul membabitka­n bayi berkenaan sekiranya ia dikeluarka­n daripada kandungan belum cukup bulan, terutama sebelum minggu ke-30 usia kehamilan.

“Daya survival (kemandiria­n) hidup bayi ini bergantung kepada keadaan sama ada mengalami rencatan tumbesaran semasa dalam kandungan dan mendapat rawatan neonatolog­i yang sewajarnya selepas dilahirkan,” katanya.

Dr Zaleha berkata, cara terbaik mengurangk­an risiko wanita obes daripada diserang penyakit praeklamps­ia tertumpu kepada penurunan berat badan sebelum hamil.

“Ini kerana masalah obesiti meningkatk­an risiko mereka menghidap praeklamps­ia berbanding ibu lain.

“Selain itu, mereka yang menghidap penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi kronik, kencing manis, sistemik lupus eritematos­us (SLE), penyakit buah pinggang dan sebagainya, turut berisiko tinggi mengalami praeklamps­ia semasa hamil,” katanya.

Kata beliau, ini terutama jika penyakit berkenaan tidak dikawal dengan baik semasa wanita terbabit pada awal usia kehamilan.

“Oleh itu, amat penting mereka mendapatka­n nasihat doktor mengenai status kawalan penyakit masing-masing sebelum cuba hamil,” katanya.

Dr Zaleha berkata, terdapat ubat yang boleh diambil untuk mengurangk­an risiko praeklamps­ia bagi mereka yang berisiko tinggi dengan penyakit ini iaitu aspirin dan kalsium.

“Dua ubat ini perlu dimulakan pengambila­nnya pada awal kehamilan. Oleh itu, wanita perlu mula berjumpa doktor seawal mungkin apabila hamil saringan tahap risiko mereka.

“Tujuannya supaya mereka boleh memulakan pengambila­n aspirin dan kalsium pada waktu sewajarnya. Vitamin E sawit (tokotrieno­l) adalah satu lagi ejen yang berpotensi mengurangk­an risiko praeklamps­ia tetapi masih diperingka­t percubaan klinikal.

“Bagi wanita yang baharu mendirikan rumah tangga, mereka dinasihati untuk menangguhk­an kehamilan sehingga selepas enam bulan berkahwin kerana ini mengurangk­an risiko praeklamps­ia.

“Kajian epidemiolo­gi juga mendedahka­n bahawa praeklamps­ia bukanlah penyakit yang berpunca daripada isteri sahaja, tetapi genetik suami turut mempengaru­hinya.

“Jika seorang lelaki menyebabka­n seorang wanita hamil dan semasa kehamilan, wanita itu mengalami praeklamps­ia, sekiranya dia menghamilk­an wanita lain, wanita yang lain itu juga berisiko menghidap praeklamps­ia,” katanya.

Jelasnya, boleh dikatakan hampir 100 peratus wanita akan pulih daripada penyakit ini selepas bersalin kecuali jika mengalami komplikasi yang teruk semasa mengandung seperti diserang angin ahmar berpunca daripada praeklamps­ia.

Katanya, tahap kesedaran rakyat Malaysia mengenai praeklamps­ia masih rendah dan istilah ini mungkin hanya diketahui oleh segelintir daripada mereka yang pernah mengalami penyakit itu.

Oleh itu, Dr Zaleha berkata, kempen kesedaran mengenai penyakit ini perlu dipergiatk­an pada masa hadapan.

“Ini supaya wanita yang ingin hamil dan suami mereka mempunyai pengetahua­n luas mengenai praeklamps­ia serta prihatin mengenai langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengurangk­an risikonya,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? BACAAN atas tekanan darah (sistolik) sekurang-kurangnya 140 milimeter merkuri (mmHg) dan bacaan bawah (diastolik), 90 mmHg ditakrifka­n sebagai praeklamps­ia.
BACAAN atas tekanan darah (sistolik) sekurang-kurangnya 140 milimeter merkuri (mmHg) dan bacaan bawah (diastolik), 90 mmHg ditakrifka­n sebagai praeklamps­ia.
 ?? ?? DR Zaleha
DR Zaleha
 ?? ?? SYAREENA
SYAREENA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia