Harian Metro

Klopp sedia lupakan impian julang trofi Liga Perdana

-

London: Pengendali Liverpool Jurgen Klopp berkata dia sudah melupakan impian untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris menerusi pengakhira­n dramatik musim ini yang mampu dibantu bekas kapten Steven Gerrard.

Juara bertahan, Manchester City kini mendahului dengan kelebihan satu mata mengatasi Liverpool di persada liga menjelang hari terakhir kempen liga utama Inggeris, hari ini.

Liverpool, yang akan melayan Wolves di laman sendiri, perlu merakam keputusan lebih baik berbanding City yang menentang Aston Villa kendalian Gerrard sekiranya mahu meneruskan impian merangkul empat kejuaraan musim ini.

Liga Perdana adalah satu-satunya gelaran yang tidak pernah diraih Gerrard ketika bekas pemain tengah England itu di Anfield.

‘ Saya hanya boleh memahami situasi seperti ini dengan hanya memikirkan jika saya berada dalam kedudukan itu”

Jurgen Klopp

Klopp sempat berjenaka yang dia masih mahu melihat Gerrard beraksi di atas padang, tetapi pengendali itu tidak meletakkan sebarang harapan untuk mendapat pertolonga­n daripada legenda Liverpool itu.

“Saya hanya boleh memahami situasi seperti ini dengan hanya memikirkan jika saya berada dalam kedudukan itu. Jika saya mampu bermain satu perlawanan dan membantu Dortmund atau Mainz, bagi saya ia satu suntikan semangat, tetapi saya tidak bermain.

“Dan Stevie juga tidak bermain. Ia lebih merugikan apabila Stevie tidak bermain berbanding saya tidak bermain. Saya pasti Stevie mengambil serius perlawanan ini tanpa perlu saya berkata apa-apa,” kata Klopp. - AFP

 ?? ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia