Harian Metro

Prestasi B-23 cukup baik

-

Kuala Lumpur: Pengendali skuad Harimau Malaya Kim Pan-gon berharap pasukan Bawah 23 Tahun (B-23) negara melupakan kisah duka tewas kepada Vietnam dengan bangkit mencipta lebih banyak kejayaan terutama menumpaska­n Indonesia untuk penentuan pingat gangsa di Sukan Sea Hanoi hari ini.

Walaupun menyedari kekalahan itu cukup memeritkan namun Pan-gon melihat prestasi skuad muda cukup baik sekali gus menggembir­akannya dalam menyenarai­kan barisan pemain lebih mantap pada kejohanan akan datang.

“Mereka memberikan usaha yang keras dan sangat kompetitif sebelum dikecewaka­n dengan satu kesilapan pada minit akhir. Saya harap mereka akan terus berkembang dan pengalaman seperti ini akan menjadikan mereka lebih kuat.

“Semua orang melakukan kesilapan, jadi kita perlu membantu mereka untuk belajar daripada kesilapan ini dan dengan ini, mereka boleh pergi lebih jauh. Saya bangga dengan persembaha­n mereka kerana tidak mudah untuk beraksi dalam masa yang singkat di mana ia menguji kekuatan mental dan fizikal, jadi saya fikir mereka sudah memberikan yang terbaik,” katanya.

Sebagai rekod, jaringan tunggal pemain berusia 24 tahun, Nguyen Tien Linh pada minit ke-111 sudah cukup mengesahka­n Park Hang Seo itu mara ke final bertemu Thailand.

Kejayaan mara ke separuh akhir temasya itu boleh dianggap membanggak­an apatah lagi selepas mengambil kira skuad Brad Maloney itu tidak menggunaka­n khidmat tiga pemain lebih usia seperti pencabar lain.

Sukan Sea antara medan penting buat Maloney dalam rangka persiapan untuk mengharung­i perlawanan Piala Asia 2022 yang akan berlangsun­g di Uzbekistan, Jun Depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia