Harian Metro

PAN-GON TERKEJUT KUALITI PEMAIN

Skuad Harimau Malaya mampu pergi lebih jauh

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Siapa kata pemain Malaysia berkualiti rendah. Hal ini kerana pengendali skuad Harimau Malaya Kim Pan-gon agak terkejut sepanjang tempoh tiga bulan merisik pemain bola sepak Malaysia mendapati kebanyakan­nya mempunyai kualiti yang bagus ketika beraksi bersama kelab masing-masing.

Malah, perkara berkenaan bukanlah dilakukan berdasarka­n mendengar ‘cakap orang’ namun lebih kepada insiatif beliau sendiri turun padang menyaksika­n perlawanan membabitka­n aksi pasukan Liga Malaysia dalam usaha membariska­n pemain terbaik untuk diserap dalam skuad Harimau Malaya.

Pan-gon berkata, kualiti pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya adalah yang terbaik, sekali gus teruja untuk membantu skuad kebangsaan pergi lebih jauh pada masa akan datang.

“Kualiti pemain jauh lebih baik daripada yang saya jangkakan. Saya gembira dengan suasana ini apatah lagi saya mendapat sokongan penuh daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

“Pemain memberikan komitmen penuh jadi semuanya dalam keadaan baik. Satu-satunya perkara yang boleh saya lakukan adalah berikan yang lebih baik daripada apa sudah mereka berikan kepada saya.

“Saya akan cuba lakukan yang terbaik, saya tidak boleh

‘ Saya akan cuba lakukan yang terbaik, saya tidak boleh berikan kemenangan dalam setiap perlawanan kita harungi, tetapi sekurang kurangnya saya berikan 100 peratus komitmen, fokus dan berjuang untuk anda”

Kim Pan-gon

berikan kemenangan dalam setiap perlawanan kita harungi, tetapi sekurang kurangnya saya berikan 100 peratus komitmen, fokus dan berjuang untuk anda.

“Itu yang boleh saya katakan dan saya begitu menghargai sokongan diberikan. Jadi saya akan terus lakukan kerja saya bersama skuad kebangsaan,” katanya pada sesi latihan di Wisma FAM, kelmarin.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan dalam rangka persiapan mengharung­i dua aksi persahabat­an Tier 1 berdepan Brunei pada 27 Mei disusuli berdepan Hong Kong pada 1 Jun. Dua aksi persahabat­an itu sebagai persiapan skuad kebangsaan sebelum berdepan tiga perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 bertemu Turkmenist­an (8 Jun), Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun) dengan semua aksi berlangsun­g di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Dalam perkembang­an sama, Pan Gon berkata, beliau tidak akan mengganggu pemain skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara kerana mereka turut bakal mengharung­i perlawanan penting kelak.

“Kami menyokong skuad B-23 untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kejohanan berikutnya tapi saya sangat gembira melihat potensi pemain muda negara dan akan menunggu masa sesuai apabila mereka diserapkan ke skuad senior kebangsaan,” katanya.

 ?? ?? PAN Gon (berdiri, kanan) memantau latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya. - Gambar NSTP/OWEE AH CHUN
PAN Gon (berdiri, kanan) memantau latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya. - Gambar NSTP/OWEE AH CHUN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia