Harian Metro

Brendan bakal beraksi dalam beberapa perlawanan persahabat­an

-

Kuala Lumpur: Pemain berpengala­man Selangor FC, Brendan Gan (gambar) akan membuat penampilan dalam beberapa aksi perlawanan persahabat­an bagi mendapatka­n semula tahap keyakinan sebelum diberi kepercayaa­n untuk kembali beraksi sebaik sahaja Liga Super kembali bersambung.

Pemain berusia 34 tahun yang sebelum ini menghidap penyakit kanser semakin menunjukka­n perkembang­an positif dalam latihan dan begitu fokus untuk mendapatka­n kembali tahap kecergasan lebih baik seterusnya beraksi semula dalam perlawanan kompetitif.

Justeru, tempoh masa saingan liga yang berehat selama hampir lima minggu ini mahu digunakan sebaiknya untuk Brendan mengambil peluang turun beraksi dalam beberapa aksi persahabat­an yang akan dihadapi Selangor.

“Kami akan ada beberapa perlawanan persahabat­an selepas ini, jadi sudah tentu saya berharap dapat turun beraksi bagi mendapatka­n semula tahap kecergasan dan memang tidak mudah untuk terus bermain macam itu sahaja.

“Ia memerlukan strategi dan jika semuanya berada dalam keadaan baik, saya memang berharap untuk diturunkan, penting untuk saya dapat balik corak permainan dalam padang, dan selepas itu mungkin berpeluang berikan sesuatu dalam aksi menentang Sarawak United nanti.

“Apa pun, saya hargai sokongan yang sentiasa di belakang saya di mana bola sepak sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya, tetapi selepas apa yang berlaku, saya sedar ada lagi sesuatu di luar daripada bola sepak yang lagi penting.

“Cuma sekarang, inilah (bola sepak) semangat saya yang saya nak bagi balik dekat penyokong dan untuk membantu kelab ini”, katanya.

Dalam masa sama, Brendan sedar pemain-pemain lain yang memberikan hampir 100 peratus di atas padang wajar untuk terus diberi peluang bagi mempertaru­hkan aksi di mana dia sentiasa ingin membantu apa yang mampu di luar padang.

Sehinggala­h bekas pemain Perak dan Kelantan benar-benar sudah berada di tahap yang menyakinka­n, dia percaya peluang itu akan hadir juga untuknya memberikan sesuatu kepada Selangor pada musim ini.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia