Harian Metro

PERTEMUAN SETERU TRADISI

Harimau Muda berdepan satu lagi aksi penuh mencabar menentang Indonesia

-

Ia bukan sekadar pertemuan pingat gangsa malah lebih terarah kepada pertemuan seteru tradisi antara dua negara, Malaysia dan Indonesia tatkala kedua-dua pasukan cuba untuk pulang dari temasya Sukan Sea Vietnam dengan lebih bermaruah selepas tersingkir di separuh akhir sebelum ini.

Pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara

Brad Maloney, mengakui anak buahnya bakal berdepan satu lagi aksi penuh mencabar dari segi pertarunga­n fizikal selepas tumpas dengan tuan rumah selepas perlawanan selama 120 minit.

“Pemain sudah melalui proses pemulihan dengan baik walaupun kita berdepan aksi sukar berdepan Vietnam yang memerlukan kekuatan fizikal. Kami sudah memberi fokus kepada pemulihan mereka dan semuanya kembali kepada tahap kecergasan terbaik.

“Esok kami akan lebih bersedia dan tidak sabar untuk melaluinya selepas ini adalah aksi yang sangat memberi makna buat kedua-dua pasukan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Persekutua­n Bolasepak Vietnam (VFF) semalam.

Jurulatih kelahiran Australia itu mengakui perlawanan Malaysia dan Indonesia sentiasa difokuskan kepada seteru tradisi, namun anak buahnya sudah bersedia serta berada dalam motivasi yang sangat baik bagi aksi perebutan gangsa.

“Tidak ada bezanya antara aksi esok (hari ini) dan menentang Vietnam sebelum ini. Ketika separuh akhir saya tidak pernah melihat anak buah saya sangat mempunyai motivasi sangat tinggi. Mereka sudah bersedia untuk turun bermain.

“Ia juga sukar untuk katakan aksi perebutan gangsa lebih mendapat perhatian daripada saingan akhir Sukan Sea. Aksi final membabitka­n pasukan tuan rumah, namun saya yakin ribuan penyokong (Malaysia dan Indonesia) akan berada di belakang kedua-dua pasukan nanti,” kata Maloney.

Ditanya mengenai tahap kecergasan dan kecederaan pemain, Maloney berkata, selepas aksi 120 minit memang ada pemain mengalami lebam dan kekejangan namun setakat ini semua anak buahnya boleh turun beraksi.

 ?? ?? MALONEY (gambar kecil), memaklumka­n pemain akan fokus kepada pemulihan mereka dan semuanya kembali kepada tahap kecergasan terbaik.
MALONEY (gambar kecil), memaklumka­n pemain akan fokus kepada pemulihan mereka dan semuanya kembali kepada tahap kecergasan terbaik.
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia