Harian Metro

Atlet muay mungkin mampu buat kejutan

-

Hanoi: Acara muay berada dalam landasan terbaik untuk sekurang-kurangnya menghadiah­kan dua perak selepas dua atlet negara bakal turun beraksi di perlawanan akhir di Sukan Sea Vietnam, hari ini.

Ia juga tidak mustahil buat dua atlet muda negara, Nur Amisha Azrilrizal dan Ahmad Nor Iman Aliff Rakib menambah kutipan emas buat kontinjen Malaysia.

Menurut pengurus pasukan, Saifulniza­m Mohd Shahar, beliau berbangga dengan semangat juang tinggi kedua-dua atlet negara itu sekali gus enggan memberi tekanan kepada mereka pada aksi final nanti.

“Sebenarnya kita turun ke Sukan Sea sebagai pasukan bukan pilihan dan tiada tekanan buat atlet negara ketika memulakan temasya dwitahunan ini. Kedua-dua mereka beraksi dengan cukup baik mengatasi lawan masing-masing meskipun pada awalnya kita hanya menjangkak­an ke separuh akhir.

“Bila melangkah ke final kedua-dua atlet muda kita ini bersemanga­t mempamerka­n kejutan sekali lagi dan pasti mereka mahu membutirka­n emas buat Malaysia. Jadi, saya tidak mahu memberi tekanan kepada mereka.

“Apapun, pasti harapan kita ingin memburu emas. Saya yakin mereka mampu lakukan terbaik dan berjuang habis-habisan untuk membutirka­n emas buat negara,” kata Saifulniza­m. Jaguh wanita berusia 19, Nur Amisha yang meraih gangsa di Sukan Sea Manila, Filipina (2019) berdepan lawan dari Thailand, Srila Oo Wansawang di peringkat akhir dalam acara wanita elit bawah 51 kilogram (kg) sejurus menumbangk­an pesaing dari Kemboja, SoengMoeuy, 30-27 di Pusat Sukan Vinh Phuc.

Sementara itu, Ahmad Nor Iman, 18, yang membuat kemunculan pertama di Sukan Sea turut cemerlang apabila mengalahka­n atlet Filipina, Ariel Lee Lampacan, 30-27 dalam acara Lelaki Elit Bawah 54kg sekali gus bakal membuat perhitunga­n dengan atlet Thailand, Huynh HoangPhi.

“Sebenarnya kita turun ke Sukan Sea sebagai pasukan bukan pilihan Saifulniza­m

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia