Harian Metro

‘Moga ibu selamat, tapi reda jika sebaliknya’

-

Chukai: “Kami adik-beradik berharap ibu ditemui dengan selamat, namun sekiranya ditakdirka­n sebaliknya, kami reda,” kata Muhammad Usaamah Ahmad Qarib yang setia menanti pencarian ibunya yang dikhuatiri lemas sejak empat hari lalu.

Ibunya, Rokiah Abd Rahman, 59, dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai itu bersama suaminya, Ahmad Qarib Ab Kadir, 60, pada Jumaat lalu kira-kira jam 4 pagi.

Bagaimanap­un, mayat Ahmad Qarib ditemukan selepas dihanyutka­n pada kedudukan dua batu nautika dari Kuala Kemaman pada jam 2.10 petang hari yang sama.

Jenazah Ahmad Qarib selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Buntut Pulau, Temerloh pada Sabtu lalu.

Muhammad Usaamah, 19, berkata, ketika kejadian, dia bersama tiga adik-beradiknya serta kedua-dua ibu bapanya itu bercuti di kawasan pantai terbabit.

“Ayah sebelum ini kerap memberitah­u untuk bercuti di negeri ini dan memaklumka­n mahu ke Kemaman kerana mendakwa pantai di situ cantik.

“Ayah kemudian cari rumah penginapan sehinggala­h kami datang bercuti di sini dan sama sekali tidak menyangka percutian kami sekeluarga berakhir dengan tragedi,” katanya.

Menurutnya, sehari sebelum kejadian itu, mereka sekeluarga mandi di pantai itu termasuk beberapa pengunjung lain.

“Ayah dan ibu akan mandi sebelum Subuh termasuk ketika bercuti dan saya tidak pelik bila mereka memaklumka­n mahu ke pantai pada awal pagi,” katanya.

Menurutnya, sejak sebulan lalu, ayahnya itu sering bercakap mengenai kematian dan tidak menyangka ia adalah perubahan ayahnya akan pergi buat selama-lamanya.

“Sepanjang Ramadan lalu, bila bercakap, ayah sentiasa akan menyebut ‘bila ayah tak ada nanti’ atau ‘kalau ayah meninggal’. Perkataan itu sentiasa bermain di’bibirnya,” katanya.

 ?? ?? MUHAMMAD Usaamah (kiri) bersama ahli keluarga setia menanti usaha pencarian ibunya. - Gambar NSTP/ROSLI ILHAM
MUHAMMAD Usaamah (kiri) bersama ahli keluarga setia menanti usaha pencarian ibunya. - Gambar NSTP/ROSLI ILHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia