Harian Metro

Penunggang tumbuk warga emas ditahan

-

Shah Alam: Hanya kerana tidak puas hati berhubung isu pemanduan, seorang pemuda berusia 23 tahun membelasah lelaki warga emas di tengah jalan raya.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, mangsa ditinju di muka dan badan berulang kali dalam kejadian berhampira­n jejantas di Padang Jawa di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian ganas itu sempat dirakam pengguna jalan raya sebelum tular di media sosial.

Katanya, ketika kejadian, mangsa berusia 61 tahunmeman­du kenderaan bersama isteri serta cucu untuk ke Putrajaya.

“Ketika membelok ke kanan menghala ke Alam Avenue (Seksyen 16), suspek yang menaiki motosikal Yamaha Y15 berada di kiri kereta mangsa menjerit dan memarahi mangsa.

“Mangsa berhenti untuk memeriksa sekiranya ada berlaku perlanggar­an. Bagaimanap­un sebaik mangsa keluar dari kereta, suspek terus menendang dada kiri mangsa.

“Suspek duduk atas badan mangsa dan menumbuk muka serta kepala mangsa bertubi-tubi menyebabka­n mangsa bengkak bawah mata, kepala serta sakit bahagian rusuk,” katanya, semalam.

Katanya, susulan kejadian suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Tegasnya lagi, individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubung­i Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Syuhada

di talian 018-9124770.

Terdahulu, satu rakaman berdurasi 21 saat tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki yang memakai topi keledar memukul lelaki warga emas di tengah jalan.

Bagaimanap­un orang ramai yang menyedari kejadian mempertika­ikan tindakan pemuda terbabit menyebabka­n berlaku pergaduhan mulut.

Beberapa individu turut memukul pemuda itu yang didakwa bersikap kurang ajar terhadap warga emas.

 ?? ?? TANGKAP layar seorang lelaki yang memakai topi keledar memukul warga emas di tengah jalan di Padang Jawa, Shah Alam.
TANGKAP layar seorang lelaki yang memakai topi keledar memukul warga emas di tengah jalan di Padang Jawa, Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia