Harian Metro

Skuad hoki negara belasah Oman

-

Kuala Lumpur: Oman menjadi mangsa belasahan skuad hoki lelaki negara apabila berjaya menewaskan lawan mereka itu 7-0 pada perlawanan pertama Kumpulan B, Kejohanan Piala Asia di Jakarta, Indonesia, semalam.

Meskipun meraih kemenangan besar, ketua jurulatih, Arul Selvaraj mahu barisan pemainnya kekal konsisten terutama apabila berdepan tugas getir bertemu Korea Selatan pada perlawanan kedua, hari ini.

"Bukan mudah beraksi di kejohanan besar selepas hampir tiga tahun tidak beraksi. Saya percaya setiap pemain akan menemui kembali rentak permainan apabila mengharung­i setiap perlawanan.

"Mereka mahu masuk ke padang dengan mentaliti mahukan kemenangan. Korea pastinya berbeza berbanding Oman. Mereka mempunyai barisan kejurulati­han bagus dan pemain utama yang mampu menjaringk­an gol.

"Pertemuan pertama dengan Oman cukup baik untuk kami mendapatka­n rentak bertemu Korea esok (hari ini)," katanya.

Pada perlawanan itu, skuad bimbingan Arul yang memburu tiket Piala Dunia 2023 bermula garang apabilabel­nya la mendahului tiga gol menerusi pakar pukulan sudut penalti negara, Muhammad Razie Abd Rahim pada minit ke-6, 13 dan penalti stroke minit ke-19.

Bintang skuad hoki negara, Faizal Saari menjadikan kedudukan 4-0 apabila menjaringk­an gol padang minit ke-23 pada perlawanan yang berlangsun­g di Stadium Hoki Gelora Bung Karno itu.

Bersambung babak kedua, penyerang negara, Muhammad Shahril Saabah melebarkan penguasaan Malaysian Tigers selepas menjaringk­an gol padang minit ke-34.

Faiz Helmi Jali dan Mohamad Ashran Hamsani masing-masing menjaringk­an minit ke-40 dan 48 untuk melengkapk­an kemenangan bergaya skuad hoki negara.

 ?? ?? ARUL Selvaraj mahu barisan pemainnya kekal konsisten terutama apabila berdepan tugas getir.
ARUL Selvaraj mahu barisan pemainnya kekal konsisten terutama apabila berdepan tugas getir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia