Harian Metro

Nyaris mati dalam tidur!

Remaja dakwa berada dalam keadaan halusinasi tikam ibu guna pisau dapur

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim; Siti Rohana Idris dan Nor Amalina Alias am@hmetro.com.my

Halusinasi dipercayai punca seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menikam ibunya dalam kejadian di rumah mereka di Bukit Yong, Pasir Puteh, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam Selasa lalu itu, mangsa berusia 41 tahun dilaporkan parah selepas ditikam dengan pisau oleh anak lelakinya ketika sedang tidur di rumahnya.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, remaja terbabit kini sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan halusinasi dipercayai punca kepada remaja terbabit menyerang ibunya.

Bagaimanap­un, katanya, kenyataan dibuat secara lisan perlu dibuktikan menerusi rawatan hospital.

“Ikut kenyataan, suspek dikatakan berada dalam satu suasana pemikiran tidak normal, halusinasi tapi itu perlu dibuktikan, kenyataan sahaja tak boleh dipakai.

“Kita akan hantar ke hospital, rujuk pakar psikologi. Siasatan bermula semalam (kelmarin) untuk melihat karakter pelaku ini di luar dan sekolah macam mana. Ini akan diambil kira semasa kita rujuk kepada pakar psikologi nanti,” katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Dewan Datuk Dr Ab Rahman di sini yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan,

Datuk Ahmad Yakob.

Menurutnya, pihaknya juga sudah melakukan ujian saringan air kencing terhadap suspek namun mendapati remaja itu negatif dadah.

Sementara itu, sumber memaklumka­n, senjata iaitu pisau berukuran 31 sentimeter yang digunakan suspek menikam ibunya itu sudah dirampas.

“Senjata itu dipercayai diambil suspek di dapur rumah mereka,” katanya memaklumka­n, setakat ini hanya satu laporan polis iaitu laporan pertama berhubung insiden itu dibuat doktor di Hospital Universiti

Sains Malaysia

(HUSM), Kubang Kerian selepas mangsa dirujukkan ke hospital berkenaan.

Mengulas insiden sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Datuk Mohd Nor Yhazid Idris berkata, ketika kejadian mangsa tidur bersama suspek di sebuah bilik yang sama.

“Tiba-tiba, mangsa terasa sakit di dada dan nampak sebilah pisau tertusuk di dadanya sebelum memanggil suaminya yang sedang tidur di ruang tamu. Mangsa kemudianny­a tidak sedarkan diri selepas bertindak mengeluark­an pisau sendiri.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh

oleh suaminya dan doktor memaklumka­n kesan tikaman itu mengakibat­kan paru-paru mangsa bocor sebelum dirujuk ke HUSM susulan kehilangan darah yang banyak,” katanya.

Katanya, siasatan awal polis mendapati mangsa ditikam oleh suspek menggunaka­n sebilah pisau yang diambil dari dapur.

“Suspek mengalami demam sejak dua hari lalu dan memerlukan pemantauan daripada mangsa. Suspek adalah anak ketiga yang berusia 14 tahun dan masih belajar di sebuah sekolah menengah di Pasir Puteh.

“Susulan kejadian itu, suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

‘ Ikut kenyataan, suspek dikatakan berada dalam satu suasana pemikiran tidak normal” Muhamad Zaki

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia