Harian Metro

Makan daun, teguk air lopak

Warga emas hilang selama 7 hari di dusun ditemukan selamat dalam sebuah pondok

- Oleh Hidayatida­yu Razali am@hmetro.com.my

“Alhamdulil­lah, ayah ditemukan selamat selepas tujuh hari hilang di dusun. Ketika hilang, ayah hanya makan daun kayu dan minum air lopak,” kata Mohd Sufian Yaakub, 49.

Mohd Sufian berkata, ayahnya, Yaakub Ismail, 76, yang hilang di dusun miliknya di Kampung Pasir Dusun di sini, ditemukan dalam sebuah pondok di dusun milik penduduk kampung pada 6.45 petang, kelmarin.

Yaakub ditemukan dalam jarak kira-kira empat kilometer dari lokasinya hilang.

Menurut Mohd Sufian, ayahnya kini dalam keadaan lemah namun mampu bercakap dan memaklumka­n dia berjalan sehingga berteduh di dalam pondok itu.

“Saya bersyukur ayah selamat dan sedang mendapatka­n rawatan di Hospital Jeli berikutan keadaannya lemah kerana hanya makan daun kayu dan minum air lopak.

“Saya mengucapka­n ribuan terima kasih kepada pasukan penyelamat termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela), pengamal perubatan tradisiona­l dan penduduk kampung yang banyak membantu mencari ayah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Di samping itu, anak ketiga daripada empat beradik berkenaan berkata, ayahnya akan dibawa pulang ke rumah mereka di Kampung Masjid Berangan dekat Tumpat selepas selesai menerima rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jeli, Superinten­dan

Ahmad Ariffin berkata, mangsa memaklumka­n sebelum hilang dia turun dari kebun untuk lihat anak pokok getah dan hilang arah berikutan tidak tahu jalan untuk balik ke kebunnya.

“Mangsa juga sedar yang dia tidak makan selama tujuh hari bermula Khamis lalu,” katanya.

Mangsa sesat ketika turun ke kebun untuk lihat anak pokok getah

 ?? ?? YAAKUB ditemukan selamat selepas hilang selama tujuh hari di dalam dusun di Kampung Pasir Dusun, Jeli.
YAAKUB ditemukan selamat selepas hilang selama tujuh hari di dalam dusun di Kampung Pasir Dusun, Jeli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia