Harian Metro

Nafi ‘ganggu’ atlet bawah umur

Jurulatih wushu tak mengaku salah 10 pertuduhan amang seksual

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Jurulatih wushu yang juga bekas atlet negara tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas 10 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun.

Gjeblehim Bong Teck Fuu, 31, membuat pengakuan itu terhadap semua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Wan Aima Naziha Wan Sulaiman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai hubungan amanah iaitu jurulatih didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 13 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan sekitar Februari lalu di sebuah rumah di Taman Kajang Mewah, Kajang, Selangor.

Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh didakwa mengikut

Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shazwani Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Michelle Liu dan Vam Shir Mooi.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Harian Metro sebelum ini melaporkan jurulatih wushu berusia 31 tahun ditahan selepas dipercayai melakukan gangguan seksual terhadap seorang atlet di bawah kendaliann­ya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilaporkan berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada 9 hingga 11 Februari lalu di rumah jurulatih terbabit.

Sementara itu, Polis Kuala Lumpur turut mengesahka­n suspek disyaki terbabit tiga kes sama termasuk dua dilapor di Kuala Lumpur.

 ?? ?? GJEBLEHIM Bong Teck Fuu dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Putrajaya. - Gambar NSTP/AIZUDDIN SAAD
GJEBLEHIM Bong Teck Fuu dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Putrajaya. - Gambar NSTP/AIZUDDIN SAAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia