Harian Metro

Bukan kartel!

Presiden Presma buat laporan polis berkaitan penerbitan didakwa berunsur fitnah

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Datuk Jawahar Ali Taib Khan membuat laporan polis berhubung penerbitan satu artikel yang mengaitkan restoran mamak dengan kartel, baru-baru ini.

Laporan polis berkenaan dibuat di Balai Polis Wangsa Maju di sini, semalam susulan penulisan berkenaan yang mencemarka­n nama pemilik restoran mamak serta menimbulka­n fitnah.

Jawahar Ali berkata, pihaknya menafikan dakwaan pemilik restoran mamak mengamalka­n corak perniagaan berbentuk kartel dengan cara memberikan modal untuk peniaga lain membuka kedai makan.

Menurutnya, hakikatnya pemilik restoran sama ada baru berniaga atau menambah rangkaian perniagaan adalah dengan inisiatif dan kesungguha­n sendiri, bukannya ditentukan kartel seperti digambarka­n.

“Kita kesal dengan apa yang berlaku. Ia tuduhan tidak berasas. Kenyataan seperti itu menjejaska­n imej serta nama baik pengusaha restoran mamak yang diketahui daripada segi sejarahnya sudah bertapak di negara ini sejak sekian lama.

“Presma akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penerbitan terbabit. Kita minta siasatan segera dilakukan kerana memberikan maklumat yang salah serta menjejaska­n imej pihak lain khususnya industri restoran mamak,” katanya.

Beliau berkata, Presma juga menyeru rakan media agar lebih berhati-hati dengan sebarang penulisan serta komentar supaya tidak tersalah fakta sehingga boleh membawa kepada implikasi perundanga­n.

Menurutnya, Presma menghargai kerjasama baik rakan media yang membantu mengetenga­hkan peranan dimainkan persatuan dalam usaha memberikan perkhidmat­an terbaik dan berkualiti kepada masyarakat serta pelanggan setia.

“Kita kesal dengan apa yang berlaku. Ia tuduhan tidak berasas Jawahar

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia