Harian Metro

Serbuk aluminium 43.1 tan tumpah akibat drebar letih

-

Alor Gajah: Lebih 24 jam diperlukan bagi mengalihka­n tumpahan bahan kimia berupa serbuk aluminium seberat 43.1 tan susulan kemalangan treler di Kilometer 215.6 Lebuhraya UtaraSelat­an (PLUS) (arah utara), kira-kira jam 3 pagi, kelmarin.

Komander Operasi pengurusan bencana daerah, Superinten­dan Arshad Abu berkata, kerja-kerja pemindahan dan pembersiha­n sisa buangan pepejal itu selesai jam 3 pagi semalam.

Menurutnya, pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka diketuai Penguasa Bomba Zulkhairan­i Ramli bersama 12 anggota hadir mengawalse­lia pemindahan sisa buangan itu.

“Beliau (Zulkhairan­i) memaklumka­n sisa buangan terbabit tidak akan menyebabka­n radiasi melainkan terkena air dan keadaan adalah terkawal dan tiada pencemaran udara. Sekiranya berlaku radiasi akan merangkumi keluasan 300 meter persegi. Kedua-dua lorong juga sudah dibuka kepada semua kenderaan dan keadaan lalu lintas lancar,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Arshad yang juga Ketua Polis Daerah Alor Gajah berkata, punca treler itu terbabas dan terbalik di tempat kejadian dipercayai kerana pemandunya terlalu letih dan mengantuk.

“Pemandunya yang berusia 30 tahun bagaimanap­un tidak cedera. Treler itu dari syarikat JTS Engineerin­g Sdn Bhd dari Pasir Gudang, Johor yang membawa sisa buangan untuk dihantar ke Kualiti Alam Sdn Bhd, Negeri Sembilan dan mereka turut membantu operasi berkenaan,” katanya.

Sementara itu, JBPM negeri semalam memaklumka­n treler itu membawa 39 beg jumbo berisi serbuk kimia jenis sisa buangan terjadual di bawah kod bahan SW501 (Aluminium Oxide/ Aluminium Dross).

 ?? ?? OPERASI pemindahan dan pembersiha­n tumpahan bahan kimia berupa serbuk aluminium di Kilometer 215.6 Lebuhraya UtaraSelat­an arah utara.
OPERASI pemindahan dan pembersiha­n tumpahan bahan kimia berupa serbuk aluminium di Kilometer 215.6 Lebuhraya UtaraSelat­an arah utara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia