Harian Metro

Zuraida letak jawatan menteri

-

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin semalam mengumumka­n meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi serta keluar Bersatu untuk sertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Zuraida berkata, beliau memutuskan menyertai PBM kerana tertarik dengan perjuangan parti baharu berkenaan.

“Insya-Allah, saya akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat untuk membincang­kan peletakan jawatan saya sebagai Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi.

“Saya juga akan berbincang mengenai peranan dan hala tuju PBM demi mengukuhka­n lagi kerajaan Keluarga Malaysia. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kebijaksan­aan Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Zuraida kini berada di Turki memenuhi undangan Persidanga­n Perintis Ketujuh Gabungan Wanita Global untuk Al-Quds dan Palestin serta dijangka berucap pada majlis pembukaan.

Beliau dijangka ke Athens, Greece bagi memenuhi undangan Misi Perniagaan dan Pengembang­an Pasaran Kayu Malaysia bersama

Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) dan dijangka pulang ke tanah air pada 2 Jun ini.

Sebelum ini, di bawah pentadbira­n Pakatan Harapan diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Zuraida dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Menjelaska­n peletakan jawatan itu, katanya, beliau akan terus menyokong kerajaan yang dipimpin Ismail Sabri walaupun kini menyertai PBM. Ini kerana sokongan kepada kerajaan sekarang adalah selari dengan pendirian PBM.

“Saya sudah membuat pertimbang­an mendalam untuk menyertai PBM dan mempercaya­i dengan perjuangan parti itu serta tertarik dengan enam prinsip terasnya iaitu keterlibat­an pelbagai kaum; pemberdaya­an wanita; pemerkasaa­n anak muda; pembanguna­n ekonomi; peningkata­n pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju,”

katanya.

 ?? ?? ZURAIDA
ZURAIDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia