Harian Metro

Perkhidmat­an LRT laluan Kelana Jaya ditambah baik dengan kos RM800 juta

-

‘ Dalam tempoh penyelengg­araan itu, perkhidmat­an laluan Kelana Jaya akan melihat kekerapan tren empat minit berbanding 2.5 minit namun situasi itu akan kembali pulih” Wee

Putrajaya: Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang beroperasi sejak 1998 sedang ditambah baik membabitka­n kos sebanyak RM800 juta.

Ia akan dibelanjak­an untuk mid-life refurbishm­ent membabitka­n 28 set tren siri 818 ekoran beberapa insiden menyebabka­n gangguan serta kekecewaan dalam kalangan pengguna.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, sudah tiba masanya penyenggar­aan, pembaikan dan membaik pulih (MRO) tahap empat bagi tren untuk laluan Kelana Jaya kerana ia adalah proses penting untuk melanjutka­n usia penggunaan tren.

Beliau berkata, penyelengg­araan akan memastikan hayat penggunaan yang lebih lama kerana tren berkenaan sudah digunakan antara 14 hingga 15 tahun.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan akan menerima 19 tren jenis baharu pada suku keempat tahun depan untuk dibekalkan bagi laluan Kelana Jaya kerana ia adalah laluan yang popular dengan 350,000 penumpang sehari dan dijangka bertambah sibuk apabila Fasa 1 Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya mula beroperasi 16 Jun ini.

“Dalam tempoh penyelengg­araan itu, perkhidmat­an laluan Kelana Jaya akan melihat kekerapan tren empat minit berbanding 2.5 minit namun situasi itu akan kembali pulih dalam tempoh enam bulan,” katanya berhubung langkah diambil Prasarana Malaysia Bhd untuk meningkatk­an prestasi perkhidmat­an, di sini, semalam.

Beliau berkata, empat insiden berlaku berturut-turut sejak 2 Mei lalu berpunca isu brek kecemasan dan kerosakan angkup brek.

Katanya, beliau dimaklumka­n oleh Prasarana Malaysia Bhd dan Rapid Rail mengenai cabaran yang dihadapi berkaitan gangguan terhadap sistem kendalian pemanduan automatik tren (ATC) khusus pada tren empat gerabak jenis 818 yang menyebabka­n brek kecemasan diaktifkan dan sebanyak 38 insiden brek kecemasan berlaku antara 1 April hingga 5 Mei lepas.

“Daripada data yang diperoleh, gangguan ini disebabkan oleh beberapa faktor khususnya masalah takometer yang menyumbang 47 peratus daripada jumlah kes, unit elektronik 32 peratus, antena enam peratus dan masalah-masalah lain sebanyak 15 peratus. Oleh itu, Prasarana akan membuat penggantia­n 140 takometer membabitka­n kos RM5 juta kerana ia komponen penting,” katanya.

Wee berkata, program pemeriksaa­n khas bagi memeriksa komponen dilaksanak­an Rapid Rail selain daripada penggantia­n komponen rosak serta ujian dinamik turut akan dilakukan bagi memastikan masalah ini tidak berulang dan sehingga kini tahap pemeriksaa­n dan pembaikan telah mencapai 14 peratus dan disasarkan siap sepenuhnya pada Ogos tahun ini.

Selain itu, beliau berkata insiden turut dilaporkan berlaku membabitka­n tren empat gerabak siri 818 yang berpunca daripada kerosakan angkup brek dan langkah segera yang sedang diambil ialah pelaksanaa­n program pembaikan sistem angkup brek bagi tren berkenaan sedang giat dijalankan dan sudah mencapai kemajuan sebanyak 39 peratus dan disasarkan siap sepenuhnya pada November 2022.

“Manakala langkah tambahan yang sedang diambil adalah memperting­katkan kekerapan pemeriksaa­n secara mingguan terhadap tren 818 sebelum tren itu digunakan di dalam perkhidmat­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia