Harian Metro

Menteri beri amaran!

Lesen e-hailing boleh digantung jika langgar surcaj tambang

-

“Alasan itu tidak masuk akal,” ujar Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (gambar) berhubung tindakan syarikat pengendali e-hailing (EHO) menaikkan tambang kerana mendakwa ia disebabkan permintaan mendadak susulan pengeluara­n RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan tidak cukup pemandu.

Beliau berkata, lesen operasi syarikat pengendali e-hailing (EHO) boleh ditarik balik atau digantung jika mereka melanggar surcaj melebihi 200 peratus daripada tambang asas iaitu antara 70 hingga 90 sen satu kilometer.

Menurutnya, Agensi Pengangkut­an Awam Darat (Apad) diarahkan menyiasat perkara itu kerana surcaj itu diputuskan pada 2019 yang menjadi undang-undang yang sudah dipersetuj­ui.

“Dari segi tambang asas untuk EHO mengenakan 70 sen hingga 90 sen satu kilometer. Mereka juga diberi kelonggara­n mengenakan surcaj yang ada peraturan, melihat kepada permintaan dan penentuan harga dinamik,” katanya selepas mengumumka­n penambahba­ikan oleh Prasarana Malaysia Bhd untuk meningkatk­an prestasi perkhidmat­an, di sini, semalam.

Wee juga mengingatk­an supaya EHO tidak terus mendesak kerajaan dengan pelbagai permintaan dan alasan atau bakal berdepan tindakan Kementeria­n Pengangkut­an (MOT).

“Jangan paksa saya, satu hari nanti saya terpaksa mengawal selia (industri e-hailing). Saya tidak mahu sehingga kami terpaksa ganggu ekonomi gig, sebab itu saya kata kita kena buat secara harmoni,” katanya.

Selain itu, beliau menyifatka­n dakwaan EHO bahawa MOT tidak membantu industri e-hailing sebagai amat mengecewak­an kerana kerajaan sudah memberi kemudahan kepada mereka untuk mencari pekerja.

Namun, katanya, mereka meminta keistimewa­an supaya Lesen Kenderaan Pengangkut­an Awam (PSV) untuk pemandu e-hailling dimansuhka­n.

“Kepada mereka yang mahu berkecimpu­ng menjadi pemandu e-hailling mereka perlu mendapatka­n PSV...ia adalah dasar yang jelas,” katanya.

Wee juga berkata, EHO tidak boleh menyalahka­n MOT sekiranya mereka tidak boleh mencari pemandu kerana mereka sudah diberi kelonggara­n untuk kursus PSV yang dikendalik­an di syarikat masing-masing.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mengalami tambang e-hailing empat kali ganda tinggi supaya tampil membuat laporan rasmi dan MOT tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika laporan itu didapati betul.

Beliau berkata, ketika ini sebanyak 28 syarikat e-hailling yang beroperasi di Lembah Klang termasuk yang berkapasit­i kecil selain perkhidmat­an teksi.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia