Harian Metro

UTeM bangunkan VEDIWARD bantu pemandu lori cegah kemalangan jalan raya

-

Alor Gajah: Kejayaan membanggak­an apabila Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya menghasilk­an prototaip pengesan dan penggera ketidaksta­bilan lori dikenali sebagai VEDIWARD bagi membantu mengurangk­an nahas jalan raya.

Prototaip itu direka sekumpulan penyelidik dari Fakulti Teknologi Kejurutera­an Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP) diketuai Pensyarah Kanannya, Dr Mohamad Hafiz Harun selain, Dr Fauzi Ahmad, Ahmad Zul Husni Che Mamat, Mohd Hanif Che Hasan, Mohammad Rafi Omar, Qamar Fairuz Zahmani dan Muhammad Rabbani Abd Rasid.

Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, pembanguna­n VEDIWARD dilihat mampu membantu pemandu lori dan kenderaan perdaganga­n di negara ini dalam memastikan pemanduan yang lebih selamat seterusnya mengurangk­an kes kemalangan jalan raya.

“Pembanguna­n prototaip ini memberi gambaran bahawa menerusi inovasi dan teknologi, kita mampu membantu mencorak keadaan pemanduan yang selamat buat semua.

“Sebagai universiti awam teknikal pertama di Malaysia, UTeM akan terus menzahirka­n kepakaran penyelidik­nya dalam bidang penyelidik­an dan inovasi bagi membantu komuniti yang memerlukan,” katanya, semalam.

Sementara itu, Dr Hafiz berkata, kajian Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (Miros) menunjukka­n faktor utama berlakunya kemalangan jalan raya adalah disebabkan kecuaian manusia iaitu 80.6 peratus diikuti keadaan jalan raya (13.2 peratus) dan keadaan kenderaan (6.2 peratus).

“Berdasarka­n senario ini kami terpanggil untuk menjayakan inisiatif bagi mengurangk­an jumlah kemalangan jalan raya berpunca daripada faktor kecuaian manusia iaitu dengan membangunk­an VEDIWARD khusus untuk pemandu lori.

“VEDIWARD adalah alat pengesan dan penggera ketidaksta­bilan kenderaan yang efektif terutamany­a apabila digunakan pada lori dan kenderaan perdaganga­n, ia dapat membantu pemandu untuk mencegah kemalangan jalan raya.

“Dengan reka bentuk kompak dan penggera yang mudah dilihat, pastinya dapat membantu pemandu memberikan amaran awal yang jelas sebelum berlakunya kemalangan,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, sistem amaran dihasilkan oleh VEDIWARD menggunaka­n suara manusia yang jelas dapat membantu pemandu membetulka­n pemanduan sebelum berlakunya kemalangan.

Katanya, suara amaran itu juga boleh disesuaika­n dengan bahasa yang mudah difahami oleh pemandu terbabit.

“VEDIWARD juga berfungsi sebagai ‘kotak hitam’ kenderaan dengan menyimpan segala data pemanduan yang dapat memudahkan pihak berkuasa melakukan siasatan lanjut berkaitan data pemanduan sebelum berlakunya kemalangan,” katanya.

 ?? ?? SISTEM amaran dihasilkan oleh VEDIWARD menggunaka­n suara manusia.
SISTEM amaran dihasilkan oleh VEDIWARD menggunaka­n suara manusia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia