Harian Metro

Dialog kotaraya

Nabi Muhammad SAW mengingatk­an umatnya supaya memberikan perhatian yang serius terhadap makanan yang masuk ke dalam perut manusia

- Oleh juragan

Allah SWT menciptaka­n manusia bersama dengan keperluan kepada makanan. Keperluan kepada makanan adalah antara keperluan asas yang tidak boleh dipisahkan daripada manusia selamanya. Malah, Allah SWT menciptaka­n manusia bersama keperluan asas yang tidak boleh diabaikan terutama makanan.

Makanan diibaratka­n seperti bahan bakar yang membekalka­n tenaga kepada manusia. Ia dianggap sebagai penerus hidup yang membekalka­n tenaga dan semangat untuk meneruskan kehidupan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniaka­n Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurl­ah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.” (Surah al-Nahl, ayat 114)

Manusia biasanya akan mencari apa sahaja sumber makanan untuk survival kehidupan mereka sama ada daripada sumber haiwan ataupun tumbuhan. Oleh itu, kita dapati sumber makanan manusia terlalu banyak dan pelbagai. Ia boleh didapati secara senang di serata tempat di alam semesta ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapatny­a perkaitan yang signifikan antara makanan dan perkembang­an jasmani, emosi, rohani dan daya intelektua­l manusia. Oleh itu, Nabi Muhammad SAW mengingatk­an umatnya supaya memberikan perhatian yang serius terhadap makanan yang masuk ke dalam perut manusia. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit.” (Riwayat Muslim)

Pemakanan manusia mestilah seimbang dan mengandung­i pelbagai jenis seperti vitamin, anti-oksidan, mineral, protein di samping kandungan air yang mencukupi. Malah, air adalah keperluan utama tubuh badan manusia. Air juga adalah asas utama penciptaan makhluk Allah. Tidak mungkin boleh ditukarkan kandungan air dengan apa jenis minuman ataupun jenis cairan yang lain. Perkara ini dijelaskan Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud: “Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”

Keperluan manusia kepada makanan berbeza dan berkembang mengikut peredaran masa yang dilalui dalam hidupnya. Ketika baru dilahirkan, bayi hanya memerlukan kepada susu ibunya sahaja ataupun apa sahaja jenis susu daripada sumber lain. Sehinggala­h seseorang manusia itu membesar, maka bertambahl­ah kepelbagai­an makanan yang diperlukan. Akan bermulalah keperluan kepada makanan yang lebih kompleks yang bersumberk­an tumbuhan, haiwan, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Dalam konteks ini, sangatlah wajar kita berpanduka­n kepada pesan Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhn­ya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-A’raf, ayat 31)

Allah SWT meletakkan syarat dan kaedah untuk menjamin makanan yang diambil oleh manusia adalah bermanfaat dan tidak memudaratk­an. Antaranya ialah agar hanya memakan makanan yang baik dan halal. Manakala, jika daripada sumber haiwan, mestilah yang disembelih secara halal. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembeli­hnya, kerana sesungguhn­ya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa) dan sesungguhn­ya syaitan itu membisikka­n kepada pengikut-pengikutny­a, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalk­an yang haram itu), sesungguhn­ya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik.” (Surah al-An’am, ayat 121)

Perkara ini penting bagi memastikan makanan yang dimakan oleh manusia adalah bermanfaat dan membawa kepada kesihatan, bukannya kemudarata­n. Sehubungan itu, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhn­ya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)

Mendapat makanan yang menyihatka­n adalah keperluan utama setiap manusia. Pemakanan yang sihat adalah asas kepada kelestaria­n hidup mereka. Ia adalah perisai utama daripada dijangkiti penyakit yang berbahaya. Pemakanan yang seimbang dan sihat bukan sahaja untuk membekalka­n tenaga untuk bergerak dan meneruskan kehidupan semata-mata. Malah, ia adalah sebagai perisai yang mencegah daripada pelbagai penyakit.

Keperluan manusia kepada makanan bukan hanya sebagai pilihan biasa. Tetapi, ia adalah sebagai keperluan asas kepada jasmaninya. Tanpa makanan, tidak mungkin manusia itu akan dapat meneruskan hidup. Oleh itu, sejak daripada permulaan kejadian manusia, mereka sentiasa berusaha mencari sumber makanan walau bagaimana keadaan sekalipun. Betapa banyak pertempura­n antara manusia berlaku lantaran perebutan untuk mendapatka­n sumber makanan untuk mereka terus hidup.

Berdasarka­n kepada pentingnya makanan kepada semua manusia dan sistem pemakanan yang seimbang, maka lahir banyak pertubuhan di peringkat nasional dan antarabang­sa yang cakna berkaitan perkara ini. Lahirnya adalah atas kesedaran bahawa tanggungja­wab memastikan makanan sampai kepada semua orang adalah tanggungja­wab semua pihak. Jika tidak, akan berleluasa­lah kes-kes kebuluran sepertiman­a berlaku di benua seperti Afrika dan beberapa tempat yang sudah merebaknya penyakit berjangkit dan lain-lain ancaman yang buruk.

Mendapat makanan yang mencukupi adalah menjadi hak kepada setiap manusia di muka bumi ini. Oleh itu, pihak bertanggun­gjawab mesti berusaha menyediaka­n keperluan asas ini dengan mencukupi. Begitu juga menyediaka­n perancanga­n strategik bagi menjamin bekalan makanan kepada setiap penduduk adalah memenuhi keperluan mereka. Apatah lagi menyediaka­n keperluan asas ini kepada mereka yang tidak mendapat bekalan yang secukupnya.

Penulis Ketua Unit Bahasa Arab, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Pusat Pendidikan UM, Bachok, Kelantan

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia